ADVERTHOLOGY

Tuesday, August 14, 2018

yang halal biar berkat


Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca mengenai perihal pemakanan dalam membentuk sikap dan keperibadian seseorang individu di dalam sebuah akhbar tempatan. 


Menurut artikel tersebut, apa sekalipun yang kita makan haruslah yang halal di sisi agama Islam. Namun ianya tidak selesai setakat itu sahaja. Makanan yang halal boleh jadi haram jika tiada keberkatan dari hasil yang digunakan untuk membeli makanan tersebut. Dalam erti kata lain rezeki tunai yang diperolehi dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan haruslah ada keberkatannya. Dan di dalam mencari keberkatan rezeki, haruslah kita komited dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya gaji yang diperolehi setimpal dengan pekerjaan yang telah dilakukan. Jika asyik ponteng kerja atau asyik 'mengular' dalam waktu kerja, dikhuatiri gaji yang diperolehi akan kurang keberkatannya.


Begitulah betapa pentingnya untuk kita sentiasa mengambil berat perihal sumber rezeki kita kerana wang tersebutlah yang akan digunakan untuk menampung kehidupan seharian. Bukan untuk diri sendiri, yang dah kahwin mungkin untuk isteri dan anak juga. Dan percaya atau tidak, tanpa kita sedari ianya turut menyumbang dalam pembentukan sikap dan keperibadian kita sendiri (dan isteri serta anak).




| repost 23.09.12 |

5 comments:

Syadiya Khairul said...

nice post :) jalan jalan sambil follow #1910 http://sayesyadiya.blogspot.com/

aizamia3 said...

Betul.. setuju tu..

Anonymous said...

nak dapat rezeki halal susah wan.

banyak yg suybhah.

itu yang dirisaukan dan kita lah yang cuba untuk mencari jalan untuk menghalakan ia. samada dengan cara bekerja lebih atau macam mana.

Pha Is said...

sangat setuju.. kerja sambil lewa, dan ada pula yang kerja berniaga, elok dah, tapi jual barang terlarang.. berkat ke tidak rasanya.. hahaha

Ma said...

Ye la mksd jelas rezeki yg msk akn jd drh daging kita...