Baru baru ini nombor telefon saya dimasukkan kedalam whatsapp group oleh wakil Joint Management Body (JMB) sebuah Apartment. Whatsapp group ini ditubuhkan bagi memberi peluang penghuni penghuni Apartment berkenalan antara satu sama lain dan juga sebagai medium untuk mereka berkongsi pendapat tentang permasalahan yang berlaku di kawasan tersebut.
Oleh kerana saya menyewakan Apartment tersebut dan sudah tentulah tidak menetap disitu, Dalam banyak perkara, saya memilih untuk menjadi pemerhati. Antara permasalahan yang dikongsi ialah mengenai sikap penghuni terutamanya penyewa yang pengotor. Meludah di dalam lif, membuang sampah merata rata, membuat bising di tengah malam, parking di lot parking orang lain. Yang foreigner terutamanya 'awang hitam' gemar melepak dikawasan permainan kanak kanak diwaktu malam. Minum minuman keras sampai mabuk dan membiarkan tin/botol minuman keras bersepah dikawasan tersebut. Yang kaki rokok gemar hisap rokok di balkoni. Bila dah selesai main campak je puntung dari balkoni. Ada penghuni hang mengadu puntung dan abu rokok landing kat balkoni rumah mereka yang ditingkat lebih bawah.
Saya merasakan senario itu berlaku dimana mana. Permasalahan yang sama dihadapi penghuni yang menduduki rumah jenis apartment. Keinginan tinggi manusia yang mahukan kediaman yang selesa, moden dan mempunyai fasiliti yang baik dan pelbagai.Tetapi sayangnya, sikap mereka tidak selari dengan kehendak. Mahukan fasiliti kelas satu tetapi sikap kelas tiga. Kalau sikap macam ni berterusan, fasiliti yang elok dan cantik pun lama lama boleh hancur. Hancur dengan tangan orang yang berangan angan mahukan faciliti kelas satu itu sendiri.
Sebagai langkah pencegahan, pihak JMB telah memasang CCTV di kawasan hot-spot, menampal notis amaran malahan gambar individu yang tertangkap oleh CCTV juga dipamerkan. Tetapi sikap yang tidak elok ini memang susah nak diubah. Masing masing pun dah besar, takkan nak diajar lagi?
Tanggungjawab pemilik dalam mendapatkan penyewa juga ditegur. Jangan hanya memikirkan asalkan ada penyewa kira okay lah. Mereka ada berbincang sesama mereka untuk tidak membenarkan foreigner terutamanya awang hitam ini menyewa dikawasan tersebut kerana permasalahan banyak yang bermula dari mereka. Tetapi saban hari makin ramai pula yang menyewa disitu. Apapun, bincang sekadar berbincang. Siapalah segelintir mereka yang mampu menghalang. Pemilik juga ada komitmen bulanan dengan bank yang harus ditunaikan. Dan, dengan adanya penyewa, ianya banyak membantu tanpa mengira siapa penyewa tersebut.
Sedikit sinis. Adanya ahli group yang redha dan menyifatkan senario ini seperti ' U get what U pay'. Anda bayar untuk memiliki sebuah rumah apartment. Maka anda seharusnya faham dengan permasalahan yang bakal dihadapi seperti ini. Jika anda bayar untuk memiliki rumah 'landed' teres mungkin masalah ini tidak perlu dihadapi. Tetapi anda memilih untuk memiliki apartment. Maka, hadap sahaja lah.
Adil?
7 comments:
teringat cerita kawan dulu mnyewa di Cyber.. tak berani keluar rumah melainkan nak pergi kerja je beli makanan pun dia takut sbb kat housing area tu ramai gilaa foreigners. macam dia pula yang pelik di negara sendiri.
bab mentaliti kelas ketiga tu, memang aku setuju sangat. kita dok sibuk nak memajukan negara, nak jadikan negara kelas pertama. tapi mentaliti jauh terbelakang. kelas ketiga. kelas kedua takpe lagi.
bagi aku mana - mana pun ada mentaliti macam tu.
cuma jenis perumahan yang ramai orang berkumpul dan sentiasa dekat antara satu sama lain. sebab tu budaya - budaya macam ni senang dikenalpasti.
ada ja yang tinggal di apartment pembersih. tapi kebanyakan yang menyewa di apartment selalunya menjaga persekitaran tersebut mahu / tak mahu.
itu pendapat aku lah.
sebab kalau owner rumah conform mentenen senang. tapi kalo owner rumah suh pi repair rumah yang pernah disewakan.
sampai muntah - muntah la kita mengerjakan anything broken terutamanya kat bahagian sinki.
sekadar berkongsi pengalaman.
mentaliti buang sampah dari tingkap tu mmg sangat low.. bab awang hitam tu 1 hal lg.. kawan pernah kena kacau smpi dia takut dan pindah
Mana-mana tempat pun sama.
Bila ditegur kita pulak dibuat macam orang asing, walhal untuk kebaikan bersama.. :(
Mrs. A zaman single pernah duduk Apartment 15 tingkat.
Memang ada sesetengah penghuni kurang rajin dan mentaliti #jamban pentingkan diri sendiri.
Pengalaman sendiri tak boleh lagi buang sampah ikut lubang sampah dari atas terus ke bawah tu.
AJK Apt terpaksa tutup kemudahan tu sebab ada sesetengah penghunilah juga cerdik sangat sumbat sampah yang kembong sangat kot tersekat di dalam lubang jadi busuk berulat.
Lepas tu penghuni jugaklah yang susah terpaksa angkut sampah sendiri naik lif bagai untuk buang ke rumah sampah #padanmuka
moral of the story setuju dengan tajuk anda dapat apa yang anda bayar ni
Adil? memanglah tidak kepada baik hati dan ikut peraturan tu.
walaupun duduk apartment, tak semestinya kita kena hadap bnda2 yang nornal bagi apartment macam ni.. kalau masing2 berubah kearah kebaikan, benda boleh setel. tapi tu la.. nak berubah sikap tu yang susah.
bagi saya, konsep u get what yu pay dalam situasi macam ni tidak tepat. memang dia pay sikit utk dapatkan apartment berbanding harga rumah2 jenis lain.. tapi dia pay for apartment, bukan pay for all negativity apartment tu. itu datang dari masalah n sikap penghuni sekeliling tu..
tak bermakna rumah landed tak ada masalah langsung. rumah landed ada masalah cara rumah landed. kat mana2 pun ada masalah. yang penting sikap. tapi tu la kan.. sikap tu susah nak ubah.. hahaha
Post a Comment