ADVERTHOLOGY

Sunday, August 18, 2019

Kenangan sepanjang jalan


Setiap kali ketika pulang ke kampung halaman, melalui jalan jalan yang pernah dilalui sebelum ini sentiasa menggamit memori lama. Memori 10 - 15 tahun yang lalu. Kehidupan yang tidak bisa diulangi semula. 
Zaman di mana bersama sama jalan kaki dari rumah ke sekolah. Zaman di mana hampir setiap petang selepas habis menonton Kickers, kami rakan rakan sebaya dalam kawasan kejiranan akan ke rumah jiran untuk bermain bola kerana halamannya yang luas dan rumputnya yang tebal. Di musim bermain layang layang dan gasing bersama sama bermain dihadapan rumah. Tua muda semua ada. Meriah.
Zaman di mana media sosial masih belum wujud atau masih belum menjadi keutamaan. 
Sekarang dah lain. Balik kampung pun sebab nak ziarah orang tua sahaja. Kawan kawan sudah membawa haluan masing masing. Balik kampung pun jarang bertembung kerana komitmen yang berlainan. Sudah ada keluarga sendiri, kerja sendiri. Suasana di kampung pun dah tak sama macam dulu.
Masa takkan boleh diundur. Apapun, mengimbau kenangan lama pasti membuatkan perasaan bercampur baur. Antara tersenyum mengingati indahnya zaman itu dan kesayuan ianya takkan berulangnya kembali.

4 comments:

Ujie Othman said...

betul...bila lalu satu-satu tempat tu, tersenyum sendiri sambil terbayang kisah lalu. bagai menonton layar.

dilla.d said...

Mengerti sungguh rasa kesepian itu . Haha

Apa khabar , lama tidak bertegur sapa

Nizam.Ariff said...

We can change this...
Apa lagi, buat reunion org kampung le. Atau ada sesiapa anak muda yg berani mulakan aktiviti bersepadu dikpg. Meriahkan semula dgn org luar.
Masing2 bawa haluan sbb mengekori jejak rezeki yg Tuhan taburkan sepanjang denai. Kalau ada rezeki di kpg itu, mereka mgkn akan kembali ke pangkal.

iwan said...

@nizam ariff : x mudah .. Hari raya atau Hari jiran buat kenduri pun x semua boleh Balik berkumpul :-)