ADVERTHOLOGY

Sunday, September 15, 2019

cerita saya mencari kerja


Alhamdulillah, dipermudahkan urusan saya di dalam hal mencari kerja. Masa tu tahun 2001, SPM pun laku lagi. Temuduga pertama, terus dapat kerja.

Ada je calon yang datang temuduga bawa degree tetapi rezeki menyebelahi saya kerana kerja yang ditawarkan semasa itu memang untuk lulusan SPM sahaja. Gred rendah, gaji pun rendah. Yang bawa degree takkan nak terima gaji bawah RM1000 kan. Penat belajar tinggi tinggi.

Pada saya ketika itu ialah dapat kerja dulu. Selebihnya kemudian fikir. Lulusan SPM, tak boleh nak memilih sangat. Mak ayah pun bukan orang have have. Sampai bila diaorang nak tanggung makan minum baju semua? 

Selepas 2 tahun kerja (2003) dah ada transport (motor kriss) dan cukup duit untuk sambung belajar. Saya sambung belajar sambil bekerja, outcampus di UITM Shah Alam. Kelas hari Ahad sahaja pagi sampai petang.

Saya tak ingat 3 tahun atau 4 tahun belajar E-PJJ tu tetapi selepas tamat belajar rezeki semakin baik.
Naik gred, naik gaji dan sehingga kini saya masih bekerja di tempat yang sama sejak 2001 tu. Dan bila fikir semula ada bagusnya juga saya bermula dari bawah kerana ilmu dan pengalaman tu berguna apabila saya berada di position saya sekarang.

Dan kepada yang sedang mencari kerja di luar sana. Saya tidak pasti tahap ekonomi perbelanjaan anda. Pencari kerja sekarang tak sama macam yang dulu. Fokus dan target mungkin dah lain. Gaji nak sepadan dengan kelulusan. Mungkin kerana kos kehidupan pelajar di zaman hipster sudah sedia ada tinggi. Hutang (PTPTN/MARA) sudah sedia ada wujud. Cumanya, jangan terlalu memilih dalam mencari kerja. Terima dulu, cuba dulu.

Sambil sambil tu baru fikir. Kerja yang ada sekarang boleh pergi jauh atau tidak. Kalau boleh, teruskan. Kalau tak boleh, jadikan platform untuk cari offer yang lebih baik.








2 comments:

Zaza Abdul Latif said...

Susah nak kata. Zaman skrg kalau memilih kerja, susah nak dpt kerja. Kalau tak pilih kerja pulak.. hidup mcm duduk kat takuk sama.

Nizam.Ariff said...

Setuju sesangatan...
Tapi rejeki aku grad pd zaman ekonomi memuncak sebelum kejatuhannya 1997/98.
Aku belum habis semester 4 lagi dah d dipangil kerja...