Ramadhan hampir berakhir. Harap harap amalan yang kita rasa ringan nak buat sepanjang bulan Ramadhan ni tidak terhenti begitu sahaja.
Memang ada orang cakap, kita mudah beribadat di bulan Ramadhan kerana Syaitan Iblis dibelenggu. Hakikatnya, nak buat benda baik ni boleh sahaja. Yang lain lain tu psikologi semata mata. Yang penting keazaman diri untuk istiqomah.
Kalau sebelum ini rajin buat solat sunat siang malam, teruskanlah di bulan bulan yang lain. Kalau sebelum ini mudah bangun malam bertahajjud, maka teruskanlah. 30 hari buat dah boleh jadi kerutinan yang mudah dipraktikkan.
Teruskanlah bersedekah seikhlas hati. Tak banyak, sikit pun takpe. Asalkan berterusan. Banyak je akaun Tabung Pembinaan Surau, Tabung Masjid, Ngo yang buat aktiviti amal kebajikan, mahupun masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan. Cari sahaja di Facebook, ada sahaja yang 'share'. Tapi semak juga, jangan terkena dengan scammer sudah le. Sedekah ini ibadat paling mudah. Tak payah ambil wudhu pun boleh sedekah. Yang perempuan waktu 'uzur' pun boleh bersedekah.
Sebulan di bulan Ramadhan boleh khatam Al-Quran. Bulan berikutnya boleh ulang baca dari awal semula. Tak semestinya kena khatam sebulan juga. Sehelai sehari pun ok. Kalau boleh pusingan yang ini baca tafsirannya sekali. Biar lambat habis, yang penting kita paham apa yang kita baca.
30 hari badan sudah terbiasa berpuasa. Teruskan sahaja selepas ini dengan puasa enam di bulan Syawal dan kemudiannya biasa biasakan dengan puasa sunat isnin dan khamis.
Jika Ramadhan berlalu dan kita pula kembali ke cara hidup sebelum Ramadhan, apakah kelebihan puasa kita selain daripada hanya rasa lapar dan dahaga?
Jangan sekadar menjadi hamba Ramadhan. Jadilah hamba Allah.
8 comments:
InSyaAllah sama-sama kita istiqamah dalamamalan baik.
Selamat hari raya Aidil Fitri raya kat mana tu eh! hehehee...
Teruskan amalan2 yang baik walau selepas ramadan.
@Mrs A : insyaAllah... raya kat rumah je, x kemana mana .. hehe
@warisan petani : insyaAllah ... sentiasa berusaha utk istiqamah walaupun dugaan semakin banyak di musim raya :-)
Moga berkat segala amAlan kita bulan Ramadhan tahun ni... Allahu berat ujian memikirkan keadaan keluarga Di Kampung ðŸ˜
InsyaAllah, sama2 lah kita beramal dan istiqomah. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum selamat hari raya aidiftri.. moga bergembira menyambutnya bersama keluarga
terima kasih mengingatkan. moga dapat istiqamah dgn kebaikan/amaln semasa ramadhan yang lalu =)
Post a Comment