Saya tak makan durian.
Mak saya pernah bercerita kepada saya bahawa saya pernah suka makan durian semasa saya kecil. Makan sampai tak ingat dunia. Sampai muntah. Lepas kejadian 'makan sampai muntah' itulah mak kata saya sudah tak suka makan durian.
Sejujurnya saya tidak ingat momen tersebut. Rasa durian juga saya sudah tidak ingat bagaimana. Awal awal dulu lagi teruk. Bau durian pun tak boleh.
Tetapi jika saya tak makan durian tak semestinya orang lain x boleh makan juga. Isteri saya rileks je makan durian di musim musim durian ni. Kadang kadang beli yang sudah siap kopek di pasaraya. Kadang kadang beli sebiji hantar COD RM30 sampai depan rumah. Durian jenis apa saya tak tau. Saya steady je dengan bau bauan durian di dapur.
Anak saya juga saya tidak halang untuk menikmati buah durian. Tapi malangnya DNA saya yang mengalir dalam tubuhnya seakan akan menolak untuk menikmatinya. Beberapa cubaan untuk memaksa anak saya merasa secubit dari seulas buah durian berakhir dengan tangisan air mata. Beria ia anak saya menolaknya. Pernah sekali berjaya disuap ke mulutnya. Kunyah tidak, telan pun tidak. Elok disimpan dicelah antara gigi dan pipi. Lama lama diluahnya.
Mamanya seakan menyalahkan saya. Tak ingat pula saya bila masanya saya menanam kebencian terhadap durian kepada anak saya. Salahkan sahaja DNA saya yang berada ditubuhnya.
18 comments:
BAPAK BOREK ANAK RINTIK. HEHE
Tak rugi orang yang tak makan durian. Yang rugi adalah orang yang beli durian mahal-mahal tapi rasa durian tu lebih kurang sama je dengan durian lain. Lols~
Haha...anak perempuan, ikut gen ayahnya la tu.
Untung la puan isteri dapat makan puas-puas.
Samalah dengan suami dan anak-anak saya, tak layan durian. Tengok orang berpusu di gerai durian, tiada perasaan pun nak singgah hehe
hahaha..yelah tu..salahkan DNA ayahnya..suka sesuatu xleh lebih2 kan jadi x suka lngsng..huhu
Adoiii! dah sampai paksa tu kenapa kelakar la mama dia.
Ada juga kawan Mrs. A yang tak makan durian so takde yang pelik hehehee...
@raz : mungkin juga ..haha
@zhi : yup, ada sisi yang menjimatkan.
@ujie othman : betul, makan puas2, x payah berebut rebut..haha
@Syaz Rahim : rileks2 je kan
@MasFVOME : mungkin ada benarnya .. hehe
@Milentry : okayyy
@Mrs A : nak try bg dia rasa juga..kot2 la dia tiba2 suka plak dgn durian..hehe
Assalamualaikum, saya pulak, dari kecik mmg tak makan durian... tapi bila adah kawen, terbalik.. saya pulak jadi hantu durian.
@Semut Senyum : aikk
.macam tu pulak..hehe
untunglar kalo x makan durian., jimat juta2 rm tuuuh., ;p
@waklat : x sampai juta2 Lagi..ribu ribu je.. haha
Wah! Kita gang! Gimifai...!
Dalam keluarga saya ada jugak yg tak makan durian
Wan, can you delete and add balik my blog dari bloglist belah kanan ni? Nak tgk keluar tak Title sebab dah open to public reader.
Thanks...
@unclegedek : cayalah ada geng !!
@khairol krol : kalau beli durian, tolong beli buah mata kucing sekali untuk orang yang x makan durian .. hehe
@Zhi : done. itulah nak tanya juga hari tu kenapa jadi mcm tu tapi x tau nak tanya mcm mana..hehe
there were times when i love durian so much but now I don't really like it as much as I used to before.
@ray : tukar selera
rietta sendiri kurang minat dgn durian...dr kuah turun ke nasi....hehehe
Post a Comment