ADVERTHOLOGY

Wednesday, June 10, 2020

hikayat kereta dulu atau rumah dulu


Cerita pasal bila dah kerja nak beli kereta dulu atau beli rumah dulu ni memang dah lama datang dan pergi dalam post2 di Facebook. Ada yang kata beli kereta dulu dan ada yang suruh beli rumah dulu. Dan percayalah orang yang suruh beli tu tak lain tak bukan yang buat part-time jual rumah dan jual kereta. Silap-silap kalau berkawan dengan orang unit trust, nescaya dia suruh beli unit trust dulu.

Sebenarnya, bukan tak boleh dengar langsung khidmat nasihat percuma diaorang di Facebook tu. Cuma  kecenderungan situasi dimana mereka mempunyai kepentingan dalam hal yang diceritakan juga harus diambil kira. Mereka menjual produk mereka lebih kepada kelangsungan hidup mereka. Awak beli, dia dapat komisen. Ayat power tu sekadar untuk meyakinkan pembaca membuat pilihan sahaja.

Dua-dua pihak cerita sisi positif produk mereka. Kita yang baca ni kena baca dan fahamkanlah. Sesuaikan dengan keadaan kita. 


  • Kalau beli rumah terlebih dahulu tetapi susah nak dapatkan public transport untuk pergi kerja / jalan-jalan / balik kampung tak boleh juga. 
  • Sampai bila nak bawa awek jalan- jalan naik public transport? Bawa balik kampung jumpa bakal mak mertua pun nak naik bas ke? Bawa isteri pergi checkup di hospital takkan nak naik LRT?
  • Kalau beli kereta terlebih dahulu dikatakan liabiliti kerana harga kereta akan semakin turun.
  • Beli kereta dahulu, nak beli rumah tunggu harga rumah turun. Selepas setahun ke setahun harga rumah tak turun turun juga. Dulu teres setingkat harga RM150k boleh dapat, sekarang paling murah RM250k. Apa yang turun?
  • Beli rumah dulu, daripada bayar sewa, elok lagi bayar monthly installment kat bank. Amaun lebih kurang. Motor / kereta family boleh sponsor.
  • Beli kereta. Duduk rumah parent.
Saya masa mula-mula kerja dulu beli motorsikal terlebih dahulu. Rumah pula duduk rumah sewa kongsi bayar ramai ramai. Selepas habis hutang motor selama dua tahun setengah, saya beli kereta pula dan masih duduk rumah sewa bersama rakan rakan. Apabila gaji dan simpanan sudah stabil saya beli rumah pertama saya. Selepas berkahwin saya menetap di rumah yang saya beli dan menukar kereta yang lebih selesa selepas dapat anak pertama. Kemudian membeli rumah kedua buat pembiayaan bersama isteri untuk aset yang disewakan. Ohh ya, bercakap mengenai 'gaji dan simpanan yang sudah stabil' , ianya bergantung kepada disiplin dan cara hidup bagaimana yang kita pilih. Mungkin post ini (menyimpan boleh membuatkan anda kaya?) boleh terangkan sedikit sebanyak.

Pilihan saya mungkin tak sama dengan pilihan orang lain kerana kehidupan kita unik. Masing masing ada keutamaan/ target sendiri yang ingin dicapai. Cuma, jangan condemn orang lain yang tidak sehaluan dengan pendapat kita.

Sudah. Jangan pening kepala sangat. Beli sahaja mengikut kesesuaian kehidupan masing masing. Asyik fikir 'pro and con' lama-lama satu benda pun tak jalan. Tiada istilah terlewat dalam kehidupan ini. Kita memiliki sesuatu apabila kita sudah bersedia. 




12 comments:

Sunah Sakura said...

saya beli kereta dulu...dan sekarang masih lagi menyewa beramai2...belum mampu nak beli rumah sendiri lagi sebab belum betul2 kerja..

Ujie Othman said...

Setuju, tiada jawapan tepat untuk persoalan gini. Ia bergantung kepada situasi hidup masing-masing.

Apapun, tahniah sebab berjaya miliki rumah pertama sebelum berkahwin dan berjaya beli rumah kedua sbg aset. Memang tinggi disiplin ni 👍

Syazni Rahim said...

Betul, beli rumah boleh jadi aset. Beli kereta boleh bawa kita pergi kerja. Pilihlah yang terbaik

Khairul Krol said...

Betul tu. Lain orang berbeza keutamaan. Belilah ikut kesesuaian masing2.

wankamarul701 said...

BETUL..SAYA BELI KERETA PADA TAHUN 2009..SEKARANG DAH 11 TAHUN SAYA STILL PAKAI KERETA BURUK..ASAL HATI TENANG..

Aieda Adnan said...

Ya.. soalan ni xde skema jawapan. Cuma kne tahu financial condition masing2 & apa target hidup. Btw, aku dh beli kreta dan rumah. Xda plan tuka kreta tp ada plan nk cari rumah landed

ewanthology said...

@sunah sakura : take your time.

@ujie othman : terima kasih. sekadar membezakan antara keperluan dan kehendak.

@syaz rahim : pro dan kontra nya bergantung kepada cara hidup kita.

@khairul krol : tepat sekali.

@wankamarul701 : jika cermat penggunaan, lama ketahanannya.

@anakhajimuaai : insyaAllah, semoga tertunai hajat.

abang bro EL said...

assalam bro ewan atau de larocha...aku el mariachi secret 7 writers...gembira tengok kawan bloggers masih aktif...aku menulis kat blog satu ni jemput mai...

https://deepestcuts.blogspot.com/

abang bro EL said...

https://deepestcuts.blogspot.com/ jemput visit blog aku bro ...

ewanthology said...

@NEO RINTIS : hai el mariachi, last post January? kemana perginya semangat menulis spt dulu2? :-)

Rexylla said...

aku masa mula-mula kerja dulu, memang beli kereta dulu. sebab bila dah kahwin, terpaksa PJJ sebab wife kerja jauh drpd aku. nak balik kampung wife pun jauh. so terpaksa beli kereta yang selesa utk perjalanan jauh.

ewanthology said...

@rexylla - pilihan yang tepat mengikut situasi ketika itu kan.. terbaik.