ADVERTHOLOGY

Tuesday, June 2, 2020

install Family Link Apps




Sejak sekolah Aina ditutup sepanjang PKP, kesinambungan pembelajarannya disambung dengan online class di google meet. Norma baharu kan katanya.  

Memandangkan terdapat kesukaran menggunakan handphone saya atau isteri kerana kami sudah mula bekerja, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan Aina handphone untuk kegunaan Aina dan memudahkan Aina join online class melalui google meet ketika kami bekerja. Boleh jadi sebagai hadiah hari lahir in advance memandangkan ulangtahun kelahirannya ialah pada bulan depan. Harap harap bulan Julai nanti dia tak buat buat lupa hadiah in advance ni dan mencuba nasib minta hadiah lagi.

Bagi memantau dan mengawal aktiviti aktiviti anak saya, Apps Family Link amat sesuai digunakan. Antara kelebihannya ialah dapat mengesan lokasi handphone dan setiap appikasi yang ingin di install oleh Aina memerlukan approval dari saya terlebih dahulu sebelum installation dibuat dengan cara menghantar mesej approval ke handphone Aina. Pendaftaran nombor telefon dan emel saya dan Aina dibuat melalui aplikasi Family Link di awal awal pemasangannyaa. Nak download YouTube pun tak boleh. Yang dibenarkan hanyalah YouTube Kids sahaja untuk pengguna bawah 12 tahun seperti Aina. Yang mana sudah pasti isi kandungannya ditapis secara automatik oleh YouTube bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kanak kanak dibawah usia 12 tahun. 

Aplikasi ini boleh didapati  secara percuma di PlayStore dan sebenarnya boleh dihubungkan dengan 6 orang dalam satu satu masa. Bukan sekadar ayah dan anak sahaja malahan isteri nak dimasukkan sekali pun boleh. Tapi tak perlulah nanti diintipnya pula ke mana saya pergi.. hehehe.

Apapun, hasil pemantauan saya setakat ini Aina lebih banyak memuat naik games kegemarannya berbanding masuk online class. Saya approve kan sahaja mesej approval yang saya terima. Bagi peluang la kepada Aina main games semasa online class takde. Asalkan games yang elok elok lah.




19 comments:

Yaya Mohd said...

assalam..
wah baru tau ade apps ni..bole suggestkan dekat kakak..utk anak dia nti
eh tapi entah dia dah tau ke belum xpasti..hehe apapun tq share =)

Zhi said...

Kalau nak install dulu tp anak takde boleh? haha sihat?

ewanthology said...

@zhi : boleh install utk monitor husband/pakwe :-) sudah kembali menulis? jgn lupa share blog address ya :-)

ewanthology said...

@ Yaya Mohd : kongsi bersama mana yg bermanfaat.

Zhi said...

zhicooper.blogspot.com
(Boleh request.. nanti zhi approved. Atau tinggalkan email kt sini nanti zhi add)

uncle gedek said...

Aina! Jangan lupa install game! (bisik) hehehehe

ewanthology said...

@zhi : delarocha_6646@yahoo.com. mohon add sebab x reti nak request :-)

ewanthology said...

@uncle gedek : aaipppp !!

Zhi said...

Dh send invitation.. pakai yahoo yeh? Bukan Gmail.. 😅 try tgk email. Tq

ewanthology said...

@zhi : blog ni dah lama sejak zaman yahoo lagi ;-) .. skrg dah pakai gmail tapi blogspot masih kekal bersama yahoo.

Hans Hanis said...

menarik lah

ewanthology said...

@Hans Hanis : boleh cuba.

Silah Hassy said...

menarik! haha okay kelakar baca yang kena intip nanti tu. terima kasih info bermanfaat ~

ewanthology said...

@silah hassy : hahaha, sila abaikan part tu.

Khairul Krol said...

Wah bagusnya apps ni.

Ujie Othman said...

Memang patut semua ibubapa gunakan apps ni utk pantau aktiviti online anak2. Dunia tanpa batasan ni menyeramkan.

Bulan depan Aina boleh cuba nasib..mana tau ayah ibu lembut hati, dapat hadiah lagi! :D

Razf said...

wahh bagus ni. kena pantau ape kanak2 buat kt online

Wak Lat said...

bagus apps utk kanak2 leh pantau., ;p

Sunah Sakura said...

bagus juga ada apps macam ni, boleh pantau aktiviti anak2..