ADVERTHOLOGY

Monday, June 15, 2020

Lagi manfaat Family Link Apps yang perlu anda tahu.



Sebelum ini saya ada post mengenai kelebihan Family Link Apps yang saya muat turun di telefon bimbit saya bagi mengawal pengguna telefon bimbit milik Aina.

Explore punya explore apps tersebut saya jumpa dua lagi fungsi yang terdapat dalam apps ini yang bermanfaat untuk digunapakai.



1.  Bedtime 

Digunakan untuk menetapkan waktu untuk Aina berhenti menggunakan telefon bimbit dan masuk tidur. Saya membuat penetapan bermula pukul 11:00 malam sehingga 07:00 pagi. Maksudnya dalam waktu tersebut telefon bimbit Aina akan 'auto-lock'. Walaubagaimanapun Aina masih boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi saya dan contact lain melalui panggilan telefon. Saya tetapkan waktu bedtime sebegitu kerana sekolah masih ditutup. Apabila sekolah sudah dibuka nanti akan lebih awallah telefon bimbitnya di 'auto-lock'.

2. Daily Limit

Diaktifkan bagi memastikan Aina tidak mengadap telefon bimbitnya dalam jangka masa lama. Saya membuat penetapan 3 jam buat masa ini memandangkan tidak banyak online homework yang ada. Bagaimana ia berfungsi? Apabila cukup 3 jam Aina menggunakan telefon bimbitnya dalam sehari, telefon bimbitnya akan 'auto-lock' dan hanya saya yang ada access untuk 'unlock' semula. Apabila saya 'unlock', Aina akan diberi semula another 3 jam untuk menggunakan telefon sebelum di 'auto-lock' semula. Sama seperti fungsi sebelum ini, walaupun dalam mode 'auto-lock', Aina masih boleh menggunakan fungsi panggilan telefon bagi kes-kes kecemasan untuk menghubungi saya dan contact lain.

    


Kesimpulannya, fungsi ini memberi ruang untuk Aina berehat dari games, skype, whatsapp yang sudah dimuat turun dalam telefon bimbitnya. Maklumlah budak-budak ni kalau dah mengadap telefon bimbit memang tak ingat dunia dah. Yang dewasa pun kadang-kadang lebih kurang juga kan kan kan, inikan pula budak-budak tanpa pengawasan orang dewasa.

Apabila dah ada fungsi 'auto-lock' ni barulah diaorang tahu apa erti berehat.






12 comments:

Syazni Rahim said...

Tq share, boleh cuba untuk anak2 ni ha

Sunah Sakura said...

menarik jugak kalo ada auto lock ni..lagi bagus kalo anak2 faham...dibuatnya yang tak faham, mau pukul 11 malam meraung2 nak bukak tepon...hahahah

uncle gedek said...

Auto lock tu bagos sangat! Bijak2...!

ewanthology said...

@syaz rahim : silakan cuba.

@sunah sakura : aina memahami, 'hanphone need rest' katanya.

@uncle gedek : bila phone auto lock, kita buat2 x tau ;-)

Aieda Adnan said...

Bagus info ni. Bleh try

Ujie Othman said...

Memang terbaik gini!
Kita tak boleh halang teknologi, tapi kita perlu urus teknologi.

Wak Lat said...

wahh skrg dh mcm2 apps utk pantau anak main youtube je kannn., ;p

ewanthology said...

@anakhajimuaai : boleh cuba.

@ujie othman : betul tu.

@wak lat : wak dah cuba try test ke belum?

anamizu said...

nice sharing ni. betul tu bila dah dapat ngadap fon, memang tak mau benti dah.

Khairul Krol said...

Bagus fungsi auto lock tu..takda la anak2 asyik mengadap phone ja hehe..memang terbaik!

ewanthology said...

@anamizu : leka.

@khairol krol : boleh jadi sbg reminder juga untuk stop main handphone.

Hans Hanis said...

bagus fungsi2 nih
senang sikit control aktiviti anak kan