Kalau sebelum ini Imam dah start khutbah baru terhegeh hegeh nak pergi masjid. Kali ini sejam sebelum masuk waktu sudah terpacak beratur nak masuk masjid. Panas tidak dihiraukan, lelah berdiri beratur panjang tidak terasa.
Keterujaan untuk kembali bersolat jumaat mengatasi segala galanya.
Betullah, manisnya nikmat sesuatu perkara itu hanya disedari apabila kita kehilangannya.
Cuma kali ini, Alhamdulillah, yang hilang itu, yang 'ditarik nikmatnya' itu, kita dapat semula.
7 comments:
Alhamdulillah syukur nikmat
Alhamdulillah dapat solat jumaat di masjid walau pun kena ikut SOP dan norma baharu.
Boleh tahan ramai ye?
@syaz rahim : Alhamdulillah.
@warisan petani : Alhamdulillah, ambil wudhu siap2, bawa sejadah sendiri, pakai mask dan pastikan hp boleh scan qr code :-)
@uncle gedek : ramai yg rindu nak solat jumaat.
Alhamdulillah ramai yg datang. Kalau sebelum ni ramai yg mengelat.
@zhi : hahaha, betul juga tu
@mnsiabrubah : terima kasih
Post a Comment