ADVERTHOLOGY

Tuesday, July 7, 2020

Permintaan yang ditolak




Terkejut sekejap bila dapat notifikasi dari family link ni ... hehehe. Aina nak install TikTok. Ayah pun tak pernah install Aina oii :-) Masalahnya, Ayah banyak lihat dengar cerita yang kurang enak pasal aplikasi ni berbanding yang enak di dengar.

Hebatnya dunia online. Bagaimana teknologi boleh tersebar hanya dengan satu klik. Tak perlu diberitahu. Kadang kadang boleh tahu sendiri applikasi2 sosial terbaru. Ada sahaja 'pop up' apabila kita menjelajahi dunia internet.

Saya bertanya kepada Aina bagaimana dia boleh mengetahui mengenai aplikasi tik tok. Dan memaklumkan padanya bahawa applikasi ini tidak sesuai untuknya.

Kata Aina bagaimana kawannya yang sebaya dengannya boleh memuat turun aplikasi tersebut tetapi dia tidak?

Saya tidak menyatakan aplikasi ini tidak elok. Antara terma 'tidak elok' dan 'tidak sesuai' , ada garis perbezaannya. Saya cuba memilih kata yang sesuai. Aplikasinya boleh jadi bermanfaat dan boleh jadi sebaliknya. Bergantung kepada si penggunanya. Bergantung kepada si pemantaunya.

Ada tanggungjawab dalam diri saya untuk melindunginya dan pada masa sama membenarkan Aina menikmati zamannya.

Zamannya bukan lagi zaman main layang layang dan main gasing. Zamannya ialah zaman teknologi di mana semuanya di hujung jari.

Adakah saya memberi approval?

Sorry Aina, jawapannya tidak. Aina, pada usia 7 tahun masih belum sesuai dan masih belum bersedia.

Bagaimana pula di masa akan datang?
Saya masih belum ada jawapan untuk itu.



6 comments:

Khairul Krol said...

agak kurang sesuai aplikasi tiktok utk kanak2 bawah umur.

Warisan Petani said...

Baru 7 tahun.

uncle gedek said...

Alamak.... aku pun nak un-install tik tok lah.... (cakap dalam hati)

(Hahaha...)

anamizu said...

sementara Aina baru 7 tahun, eloklah keputusan begitu.Psstt~ Aina.. acik ana yang dah besar ni pun takde install TikTok hehehe

Syazni Rahim said...

Anak bujang saya, 7 tahun, minta nak install Snapchat dalam tablet dia, sama, access denied, nak guna snapchat kat fon mak je..huhu

Zhi said...

Harap-harap Aina tak bersedih dan bermimpi tentang tiktok.. haha..