ADVERTHOLOGY

Sunday, August 9, 2020

yang penting steady


Dua2 ketul gigi hadapan Aina dah mula goyang. Gaya goyang salah satu giginya tu nampak macam dah boleh cabut terus tapi mak ayahnya pula tak berani nak buat.Makanya terus buka IG cari IG ex-Mufti WP yang dah jadi Menteri Agama sekarang ni sebab pernah nampak beliau buat rawatan gigi kat sebuah klinik pergigian yang nampak mesra pesakit dan nyaman suasana dekorasi kliniknya.Klinik pergigian kat kawasan rumah ni dah boikot sebab serius sangat dentist nya. Kalau bapaknya yang nak cabut gigi xde hal. Tapi sebab anak yang nak cabut gigi kena cari yang lembut sikit. Sebab nak kurangkan rasa gabra Aina dan memastikan Aina tidak fobia untuk ke klinik gigi dikemudian hari. Kita cuba bagi memori yang elok elok sahaja kepada Aina supaya dia suka pergi klinik gigi.Dah jumpa IG klinik tersebut terus call buat appointment belah petang sebab belah pagi sudah terlebih dahulu buat appointment servis kereta.Kalau bab dentist ni sebenarnya saya juga gabra nak jumpa. Kiranya jika ada senarai to-do-list tu confirm appointment dengan dentist ni yang paling bawah sekali dalam senarai. Tapi disebabkan Aina, dan sebagai bapa yang cool, saya mesti steady menenangkan Aina yang makin berdebar debar katanya apabila gilirannya hampir tiba.'Rileks Aina, Gigi Aina dah goyang banyak tu, x sakit pun sebab dah mudah doctor nak cabut''Sakit sikit je, dalam one to five seconds je, pastu ok lah''nanti ayah belikan ais krim' (rasanya ayat ni yang paling menenangkan Aina)Nampak tak betapa steady dan yakinnya saya menenangkan Aina. Yelah, memang steady 100% lah sebab bukan saya yang nak kena cabut gigi kan... hahahahaAlhamdulillah, in the end selesai dua batang gigi depan Aina dicabut dan menunggu kehadiran gigi kekal. Servis Ok, Dentist Ok, siap dapat bekas simpan gigi lagi.




8 comments:

Syazni Rahim said...

Saya yang dah tua bangka ni pun masih takut dentist hahaha

Zhi said...

Kalau tak ada gigi nak cabut tapi nak bekas simpan gigi tu boleh tak? haha

ewanthology said...

@syaz rahim : sama lah :-)

@zhi :cuba check semula, ada tu gigi yang dah lubang2 tu boleh cabut demi bekas simpan gigi..hehe

Sunah Sakura said...

ala comelnya siap ada bekas simpan gigi..haha

Raz said...

comelnya bekas tu

anakdenesor said...

wahh dentist bagusnya..siap dapat bekas simpan gg lagi

ray said...

alahai comelnye bekas tu. bekas simpan gigi kan tu?

ewanthology said...

@ray : ya, bekas simpan gigi