ADVERTHOLOGY

Saturday, September 12, 2020

chapter 17 : kereta pertama saya




2005.
Saya belek2 slip gaji. Saya kira kalau potong RM3++ sebulan untuk bayar ansuran kereta masih boleh hidup. Ada baki sikit buat bayar sewa rumah, duit topup hp dan duit makan minum. 

Hajat di hati nak beli kereta luar. Tapi selera sahaja yang besar tetapi gaji tak besar, tak boleh ON juga. Akhirnya Proton Iswara jadi pilihan. Sangat ekonomi dari segi harga dan minyak dan sangat tahan lama (sudah tentu, ada sebab kenapa kereta ini ramai yang panggil kereta kebal).

Memiliki kereta ini kira macam 'another tick in the box' la dalam senarai wishlist tu kan selain kerja, kahwin, beli rumah, umrah dan haji dll. Masa ini kerja dan kereta sahaja yang dah dicapai. Tak pasti pula kenapa motosikal tidak dimasukkan dalam wishlist tu padahal lepas dapat kerja memang beli motosikal (kriss) dulu. Malas pula nak fikir kenapa.

Banyak jasa kereta ini sepanjang perkhidmatannya. Selain pergi kerja, hujung minggu pergi Shah Alam sebab masa tu outcampus di UITM. Hujung minggu yang takde kelas pula bawa aweksss jalan jalan tengok wayang balik kampung menjenguk ibubapa.

Kereta ini jugalah yang diguna ketika majlis merisik, majlis kahwin, hantar isteri nak bersalin. Accident juga dah beberapa kali tapi tak teruk sangat la sekadar langgar bontot kereta orang, bontot kereta dilanggar orang dan berlaga sesama bontot pun pernah. Pelik juga accident berlaga bontot ni kalau dikenang kembali.

Pendek cerita (macam dah panjang), Macam macam kenangan la sepanjang bergandingan berdua ni.

2020
Rasanya dah sampai masa. Walaupun berat untuk dilepaskan. Niat di hati juga nak jadi macam sesetengah orang yang masih mampu simpan kereta pertama mereka untuk mereka kenang di mana mereka bermula walaupun dah memiliki dan dah mampu upgrade ke kereta lain. Sayangnya, saya tidak pula mampu masuk dalam golongan tersebut. Pening juga melayan karenah dua kereta dalam satu masa. Akhirnya salah satu harus dilepaskan. 15 tahun berkhidmat. My Proton Iswara deserved this appreciation post. Gambar kenang kenangan tersimpan rapi dalam gallery handphone. Kalau handphone rosak sekurang kurangnya ada satu dah simpan kat IG... ehhh.





11 comments:

Syazni Rahim said...

kereta pertama aku dah let go sebab tua benar dah dia, plus tak reti nak jaga, malas nak jaga pun ada sebab ketuaan dia tu..huhu..
samalah, kereta tempatan saja :)

Ujie Othman said...

Kereta yang tahan lasak ni.

Tentu sangat berat hati nak lepaskan, kereta pertama ibarat cinta pertama gitu..😀

Galaksi Viral said...

Kete banyak kenangan mmg syg dilepaskan. GV pun sayang sangat kete 1st GV. huhu. Tahan lama kete iswara ya Mr ewanthology. Terbaik. :)

ewanthology said...

@syaz rahim : makin lama makin susah nak jaga sebenarnya..hehe

@ujie othman : betul, masih ada rasa sedih terpaksa melepaskannya.

@galaksi viral : Alhamdulillah, 15 tahun berkhidmat.

Zhi said...

My 1st car, masih pakai sampai sekarang.
From my personal opinion, kereta ni cuma untuk membolehkan kita untuk bergerak dari 1 destinasi ke destinasi lain saja. Selebihnya kalau beli kereta mahal, itu cuma untuk kepuasan hidup. Apa pun takziah untuk iswara tu. Harap pengguna baru nanti jaga beliau dengan baik.



ewanthology said...

@zhi : setuju.. dan dgn umur sekarang saya dlm fasa menikmati kehidupan.. beli utk kepuasan :-)

Ma said...

Tersimpan dlm memory pn da ok. Tak mudah nak maintain 2 kereta kadang bkn isu ragam jerk kdg
kene fikir masa juga jgn bia lama x start jika x out battery nye.. Ini paling benci. Hihi

uncle gedek said...

berapa banyak saman?

ewanthology said...

@mnsiabrubah : memang legend, kadangkala sebelum tidur terkenang jua.

@Ma : pening kepala baiki part A, part B pula rosak, part B dibaiki, Part C pula minta baru..hehe

@uncle gedek : saman parking je, itupun sudah disettlekan kan. Saman AES xde sbb mmg x boleh bawa laju pun..hehe

HeNRieTTa JoSe said...

kenangan kan....sama la rietta tpi rietta moto je....en kriss kesayangan....banyak kenangan...xsanggup nak lepaskan....

ewanthology said...

@HeNRieTTa JoSe : sebelum ada kereta, saya juga beli moto kriss biru, tapi dah jual sebab jarang bawa moto selepas beli kereta, mungkin sebab nature kerja saya yang lebih praktikal utk naik kereta :-)