Dua tiga hari ini tekak kering dan gatal gatal mengundang batuk. Tak teruk sangat batuknya, sikit sikit sahaja tapi sejak coronavirus ni batuk dah jadi perkara yang sensitif. Kalau batuk tu semua orang pandang dan buat muka. Walaupun batuk dah lama wujud sebelum coronavirus wujud lagi.
Maka selepas habis waktu kerja,saya segera ke klinik ambil ubat batuk. Kat kaunter luar tu, receptionist ke penyambut tetamu ke, penyambut pesakit ke entah apa nama. Staff klinik dalam usia hujung2 40an nak masuk 50an kot. Meriah orangnya, mesra berbual dengan loghat nogorinya. Style makcik makcik.
Selesai jumpa doktor, saya ke bahagian ambil ubat. Rupanya makcik tu juga yang bertugas bagi ubat. Memang multi-tasking. Mujur bukan dia juga yang jadi doktor tadi.
Macam macam nasihat. Saya dengar je lah. Nak sambung sembang lebih lebih tengah tahan batuk ni. Cara minum ubat batuk tu kena minum pelan pelan jangan terus telan, bagi ubat batuk tu lalu lama skit kat tekak tu. Jangan minum air sebelum dan selepas minum ubat batuk. Hah, gitulah lebih kurang. Banyak lagi petua dia bagi, saya je yang dah lupa.
Macam biasalah bila dapat ubat batuk ni. Secara automatik terkeluar lah soalan 'ubat ni mengantuk ke tak?'
Selamba makcik tu jawab, "ubek ni tak ngantuk, yang mengantuk tu mato kau"
Saya pun join makcik tu tersengih sengih selepas jawapan tersebut diberi sambil berlalu pergi dan memikirkan adakah jawapan itu termasuk dalam salah satu petua dia atau dia sedang bergurau dengan saya.. hehe
Malam tersebut saya minum ubat batuk dan saya tidur lena.
13 comments:
peasan kek makcik tu sok sok kalau boring join la maharaja lawak...
kui kui kui
Boleh terima jawapan makcik tu.
memang terkono
pandai makcik tu bergurau. hahaha...
@uncle gedek : boleh monang tu.
@Warisan Petani : loyar buruk pun ada .. hehe
@aswadz : memang pandai, terhibur sebentar sambil tepuk dahi.
Kalau aku minum ubat batuk, aku akan jadi blurrr....hahaha
@Nizam.Arif : pulak ..hehe
Hahahahaha aduuh you got me dari part receptionist 😂😂
Kadang terfikir, betul ke kalau makan ubat batuk akan jadi mengantuk. Sama macam kalau minum kopi tak akan rasa mengantuk. Padahal zhi kalau minum kopi skg tidur lena juga bila malam. Ke sebab dah immuned? hmmm.. *thinking*
hahaha.
sejak bila pulak ubat pandai mengantuk, ye tak?
@Syaz Eym : penyambut tetamu atau penyambut pesakit? hehe
@Zhi : kalau kerap, mungkin dah imun.
@Laura Cantik : itulah pasal, lepas ni kena susun ayat betul2 sebelum tanya :-)
makcik tu berkenan nk bt menantu kot.. hahaha
ubat batuk mostly memang mengantuk.
Hehe jawapannye dia bg ubat yang mengantuk la tu.. sejak corona batuk jadi sensitif pd org kn. Kalau kami hr tu ad kes corona kt opis automatic bila dpt tau jeee yang kita kat rumah ni tekak gatal laa sakit tekak la rasa nak demam. Mcm2 rasa tau terbawa2 dek perasaan tu walhal xde apa 😅
kan..sejak2 corona ni batuk jd sensitif which bila kita terbatuk org pandang lain macam as it kita kantoi buat dosa huhuhu
Post a Comment