Saya terbaca satu hantaran di Facebook yang merungut perihal golongan golongan yang berkemampuan yang membeli/memiliki lebih dari sebuah rumah. Ujarnya situasi ini mengakibatkan satu lagi golongan yang kurang berkemampuan gagal untuk membeli/memiliki rumah.
Saya berpendapat hantaran ini lebih kepada isu mempertahankan diri untuk tidak membeli rumah kerana sayangkan wang di dalam akaun bank dan tidak mahu mempunyai komitmen bulanan dan keutamaan mereka lebih kepada perkara mewah yang lain (baca : handphone berjenama, ubahsuai kereta, impressive clothes, impressive living styles).
Jika anda mengikuti facebook sifu sifu hartanah mahupun ejen ejen hartanah, anda akan mendapati terlalu banyak rumah mampu milik masih belum terjual dan juga ada yang baru dilancarkan jualannya. Tiada isu langsung semua projek perumahan sudah habis dijual. Jika harganya mampu milik maknanya jika anda bekerja dan ada gaji bulanan yang tetap, tidak akan menjadi isu besar melainkan komitmen bulanan telah digunakan ke arah kredit kad dan pembiayaan peribadi. Bukan tidak mampu tetapi sebenarnya perbelanjaan telah menjurus ke arah lain.
Ada yang berkeinginan untuk membeli hartanah yang dekat dengan tempat kerja. Kawasan bandar yang sedia ada mahal harga pasarannya. Ya, sudah tentu mahal kerana fasiliti yang ada disekelilingnya. Tidak masuk akal untuk merungut hal ini melainkan anda mahu juga gunakan alasan ini sebagai antara sebab masih belum memiliki rumah.
"dream should be achieveable" .
Pencapaian dalam kehidupan ada stages nya. Mungkin belum sampai ke tahap yang diinginkan. Tetapi tidak mengapa, kita hidup mengikut stages kemampuan semasa. Nak rumah banglo, tunggu sampai waktunya. Bergantung kepada usaha kita sekarang ini.
Ketika saya bekerja di Bandar Baru Bangi, saya sangat berkeinginan untuk membeli rumah di kawasan tersebut. Sebuah bandar yang lengkap dengan semua kemudahan. Tetapi harganya terlalu mahal untuk saya pada waktu tersebut sekitar 2010. Sekarang lagilah mahal kan. Kemudian saya beralih ke Kajang dan Putrajaya. Masih tidak jumpa hartanah yang setaraf kelayakan gaji saya pada waktu itu. Ya, setaraf kelayakan, bukan setaraf keinginan. Kalau ikutkan keinginan memang sampai kesudah takkan dapat. Meroyan sahajalah di Facebook sampai harga turun.
Kemudian saya luaskan sedikit pencarian saya ke Nilai, Salak Tinggi dan Bandar Enstek. Alhamdulillah berkat bantuan dan recommendation rakan, jumpa rumah landed yang mampu milik di Bandar Enstek. Rumah teres setingkat harganya dibawah RM200k. Ketika itu Bandar Enstek baru nak naik dan kemudahan agak kurang serba serbi. Tidak mengapa, sekadar untuk memulakan kehidupan memiliki rumah sendiri.
Oleh kerana kerja saya juga tidak menentu lokasinya. Hampir setiap hari jugalah travel dengan anggaran purata 50km sehala. Bandar Enstek ke Bangi, Bandara Kinrara, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Semenyih, Bandar Tasik Permaisuri, Shah Alam, Setia Alam, Klang (sekadar menamakan sebahagian lokasi kerja). Alah bisa tegal biasa.
Merungut dan menyalahkan orang lain bukan jalan keluar dari permasalahan. Ianya sekadar mencipta alasan dan pada masa yang sama masih dibelenggu situasi yang sama. Terima kenyataan, penyelesaiannya banyak apatah lagi di zaman online ini. Gunakannya ke arah menyelesaikan masalah bukannya mencipta masalah.
Samada mahu terus merungut atau bertindak. Pilihan dan keputusan di tangan anda. Tinggal nak dengan tak nak je.
9 comments:
Assalam, Ewan! salam PKP, rajin nye update blogggg.... takde IG ke...kalo add saya emmi_adnan minah tudung biruuu... hahaahha.. take care stay safe bro n family...
Kemahuan bergantung kepada kemampuan
hendak seribu daya kata orang kan? hehe
Asal dapat hidup dengan apa yang perlu :)
tepuk dada tanyalah selera selepas ukur baju di badan sendiri
Jap, tiba2 uncle terfokus pada kerja yg tak menentu lokasi tu...
nak tanya, kerja apa ye? :D
@uncle gedek : mcm substitution player Uncle, mana cawangan yang tak cukup staff tu saya p ganti. selain tu saya kena melawat cawangan2 utk audit sebelum audit sebenar masuk .. hehe
Kadang beli rumah sendiri lebih untung dari byr rumah sewa yg lagi mahal dr kita byr rumah sendiri kt bank. Tp tu la byk yg sangkut dgn pinjaman kereta / peribadi. Sebelum nak bt pinjaman rancang btl2 fikir jangka masa panjang yg nak menanggung 😅 rumah byk sgt jd xde point klau mereka bahaskan mrhkan org beli byk rumah. Projek rumah bru hr2 ada je sy handle hr2 blk mlm ni 😂
Saya dah book rumah di KL, condo dua blik harga hampir setengah juta. Tetiba rasa mengarut. Saya balik kampung, cari rumah, dapat landed double storey harga bawah 300k. terus saya cancel booking tu dan booking rumah yg di kampung.
balik KL sy minta tukar kerja balik kampung. approved. Alhamdulillah.
Post a Comment