ADVERTHOLOGY

Friday, July 23, 2021

Sekadar renungan


SMS dari CITF diterima pukul 6:25 petang suruh semak mySejahtera sebab tarikh  temujanji vaksin sudah ditetapkan. Sekali tarikhnya hari tu juga pukul 6:30 petang. Kacau. Last minit betul ni.

Mujur cucuk dekat Movenpick Sepang. Kira dekat juga la dari Bdr Enstek. Kalau diabaikan kali ini takut entah bila pula dapat tarikh baru dan kalau hal ini tersebar meluas, nescaya boleh jadi bahan untuk kawan kawan label saya anti-vaksin.

Selesai bersiap dan menyikat rambut secara ala kadar. Demi mencapai target 'herd immunity' saya meredah juga roadblock untuk ke destinasi. Dah siap siap buka MYsejahtera, mana la tau masa kat roadblock nanti polis minta bukti kenapa keluar rumah tapi sayangnya mereka tak tahan pun. Kecewa juga sebab dah excited nak tunjuk kat mereka saya sudah terima tarikh temujanji vaksin selepas menunggu sejak February 2021. Takpelah takde rezeki. Tapi saya tidak mudah berputus asa.

Takpe, time balik nanti kita try lagi.




8 comments:

Laura Cantik said...

tahniah.

saya entah bila.

Syazni Rahim said...

samalah. kadang pelik nape polis tak nak tengok apa2 document pun masa kami merentas daerah. kita excited nak tunjuk document kite. haha

Warisan Petani said...

Tahniah dah dapat vaksinasi

Kira Sakura said...

uishhh rushingnya. tapi alhamdulilah selesai dah dapat

uncle gedek said...

Macam polis ni boleh baca bahasa badan kan?

Tahniah!

Ujie Othman said...

So, balik tu dapat menunjuk-nunjuk kat encik polis tak? Hehe

iwan said...

@Laura Cantik : dah dapat jugak kan.. hehe

@Syaz Rahim : tu la pasal, bukan senang nak dapat alasan keluar rumah selain pegi keje.

@Warisan Petani : terima kasih.

@Kira Sakura : nasib baik dekat :-)

@Uncle Gedek : mungkin sudah dilatih, mungkin juga dah penat tahan kereta :-)

@Ujie Othman : mana maunya, roadblock belah jalan nak pergi ke, jalan balik xde .. haha

Ma said...

Klau muka teruja nak jwb soalan pergi mana tu sb ada alasan time roadblock polis tak nak tahan punya hahaha yg takde alasan tu dr jauh polis aim haha