Tak kisahlah cucuk Pfizer ke, Sinovac ke, Astrazaneca ke, 1st dose ke, 2nd dose ke, apabila pak guard tempat kerja positive covid makanya satu office kena pegi swab test.
Alhamdulillah, mujur negative. Tetapi tetap kena quarantine 10 hari.
Walaupun sebelum ini saya cuba mengelak untuk membeli makanan melalui food panda tetapi bila dah quarantine ni memang tak boleh elak la. Habit ni (order makan melalui food panda) menjadi kebiasaan dan berlarutan selepas tamat quarantine.
Bukannya apa, saya tengok harga makanannya agak mahal sikit berbanding kalau pergi beli sendiri. Tak masuk delivery caj dan service caj lagi. Kedai makan dengan rumah pun tak jauh mana sebenarnya.
Tapi itulah, nak senang kan. Servis macam ni memang ada harganya. Menghindari diri dari wabak ini ada harganya. Malas keluar rumah pun ada harganya.
Pendek kata, semua ada harga lah.
8 comments:
Kurangkan harga dengan membeli bahan untuk dimasak dirumah. hmmph~
betul, kadang memang melampau harganya. goreng pisang seketul rm1 pun ada. semoga dipermudahkan urusan kuarantin ya
@zhi : Ketika kejadian x sempat nak top up barang dapur. Bila dah dpt tahu jadi closed contact rasa bersalah pula nak menyinggah ke kedai beli barang dapur sebelum swab test di klinik.
@syaz rahim : Alhamdulillah kuarantin selesai. Terima kasih. Duduk rumah pun bajet lari :-)
aku berasa kasihan dengan pihak penjual, pihak penghantar dan pihak pelanggan.
inilah harga yang kita perlu bayar untuk menangani covid - 19.
:((
Memang kos makan naik sikit kan?
Sikit2 lama2 jadi bukit tu...
@Laura Cantik : semua terkesan, semoga tabah.
@uncle gedek : ingatkan boleh jadi alasan nak diet, tapi x jugak..hehe
perkara biasa masa kini.. yang bestnya blh jadi alternatif kalau da tak nak masak sendiri
Tuh la bila kuarantin 100% harap kt grab/panda mmg terasa mahal dia.. tu masa kuarantin beli makanan order sehari sekali order trs utk pg ptg 😅 takde demand2 menu..
Post a Comment