Setiap kali saya balik kampung. Setiap kali itu juga saya akan melewati sekolah menengah tempat saya menimba ilmu suatu ketika dahulu. Banyak yang dah berubah. Bangunan sekolah makin bertambah, mural baru, hiasan baru. Semua berubah.
Tapi ada satu benda yang tak berubah.
Pagar kawat belakang sekolah tetap bengkok macam nak roboh walau dah beberapa kali tukar baru. Tetap terlondeh macam tu.
"Kalau Aina nak tau, dulu dulu itulah laluan ayah kalau lambat datang sekolah atau kalau nak balik awal" Ujar saya ke anak saya yang sekadar memandang dengan pandangan kosong dan blur tanda tidak faham.
"okay" respon Aina selepas beberapa saat dan sambung main Roblox di HP.
Malas nak layan.
1 comment:
Ooh..itulah jawapan kenapa pagar tu tetap macam nak roboh walaupun dah banyak kali tukar. Haha
Bagus juga Aina, tetap beri respon. Takdelah macam kita cakap dengan dinding.
Post a Comment