Bila ada anak kecil ni saya sedar betapa pentingnya ada simpanan stok bateri AA dan AAA dirumah. Mahunya tak penting, kalau diperhatikan toys budak budak ni kebanyakkan mesti ada guna bateri. Nak bagi bunyi2, lampu2 skit dan ada keluar suara.
Pernah ada kejadian anak saya tantrum tanpa henti apabila tengah syok main mainan dia tiba2 mainan dia jadi senyap. Takde muzik, tiada lampu lip lap. Dia pun ikut sekali senyap. Tapi bezanya mainan tu senyap terus, dia senyap 10 saat sahaja. Lepas tu melalak macam dua hari tak makan. Tak makan pujuk rayu dan tiada tolak ansur. Yang dia tahu, dia nak mainan dia berbunyi semula.
Bila try pujuk guna Youtube, senyap semula. Baru video nak main dan2 tu juga keluar iklan. Melalak semula. Tekan punya tekan sekali tak boleh skip iklan daaa. Tunggu je la iklan tu habis dulu.
Memang saya boikot la produk iklan yang keluar masa tu. Padan muka.
3 comments:
jangan kan budak2... uncle pun tantrum kalau takde bateri...
ngeh ngeh
Hari ni pun kelam kelibut si tikus hp ni habis bateri
La ni, walaupun anak dah besar tetap kena ada bateri spare dekat rumah, bateri keyboardlah, remotelah, tetikuslah. Itu nasib baik hp tak guna bateri AA ke AAA ke.. hehehe..
Post a Comment