ADVERTHOLOGY

Tuesday, August 19, 2025

Kuala Lumpur

Saya minat betul dengan jersi bola KL City tahun ni tetapi oleh kerana ada tulis DBKL di jersi tersebut, saya batalkan niat membeli. Saya tukar beli jersi Negeri Sembilan. Sebab ada Lukman Hakim, Walaupun nampak macam pemain simpanan je setakat ni.

Takkan la saya nak pakai jersi yang tertera entiti yang telah banyak menyaman kereta saya.

Semasa tular berita laman sesawang DBKL digodam sebelum ini saya berharap hackers tersebut padamlah semua maklumat berkenaan saman parking. Entah apa yang di hack nya sampai hal sepenting ini lupa dibuat.

Nampak gaya macam tak padam. Saya akur, terpaksalah saya beli pas bulanan. 




3 comments:

adnil linda said...

adoi...tergelak linda, kenapa lah tak nak beli jersey sebab ada tulis DBKL.. rupanya ada sejarah hitam dengan DBKL..

linda baru dekat sini ya

uncle gedek said...

OK, uncle pun tak nak pakai baju DBKL atas sebab yg sama lah...

Ewanthology said...

adnil linda : selamat datang.
uncle gedek : haaa..baru la geng .. haha