Hari ini saya menghantar ayah saya ke klinik kesihatan. Hampir penuh parking yang tak seberapa ada ni. Tak kira parking motor atau kereta. Dah tak lengang macam dulu.
Klinik ni berhadapan sekolah menengah tempat saya belajar dulu. Masa tu hari hari saya pergi sekolah memang lalu depan klinik kesihatan ni.Sentiasa sunyi. Jarang yang berkunjung.Jikalau ada pun kerana kes-kes terpencil.
Ayah saya generasi pertama Tanah Rancangan tempat ini. Semasa itu semua fit maklumlah setiap pagi masuk kebun menoreh getah. Belah petang mana yang rajin berkebun belakang rumah tanam pokok pisang, ubi kayu, rambutan, nenas dan bermacam jenis pokok buah yang bersesuaian. Kalau demam biasa tu biasalah diaorang makan Panadol sahaja. mungkin sebab tu klinik kesihatan masa tu sunyi dan lengang.
Tapi masa berlalu, saya yang muda belia pun kini sudah mulai beruban memasuki umur 40an.Apatah lagi mak ayah saya serta mereka mereka generasi pertama di sini. Kini, tempat pertemuan mereka untuk bersembang bertanya khabar bukan lagi di kedai kedai kopi tetapi di ruang menunggu klinik kesihatan sambil menunggu giliran berjumpa doktor.Sudah mula makan ubat,sudah mula berpantang makan, sudah ada yang kurang dengar, kurang ingatan, kudrat tidak segagah dahulu, sudah mula berjanji temu dengan doktor.Sudah mula bertemankan ubat.
Saya duduk menemani ayah saya. Saya sedar kitarannya.
Begitulah kehidupan.
Tak lama lagi mungkin masa saya pula.
5 comments:
Ya Allah..semoga sihat sihat semua ya..banyakkan sabar saat ada yang tak sihat...Gembira jumpa blog ini yang bertahun saya follow. Apa khabar ?
Semoga ayah u sentiasa sihat. Zhi dah merasa semua tu, bawak arwah mak ke hospital sampai kena stay 2 minggu tiap bulan di kampung sebab turn buat dialysis mak sampai la mak meninggal. Alhamdulillah rasa macam bila kita ikhlas tiap doa kita slow-slow dimakbulkan satu-satu.
Moga bila sampai waktu kita tua nanti, anak sudi nak jaga kita pula.
Insyaallah.
Betul.. sampai masa turn kita pula macam tu.
Apa-apapun moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.
Semoga ayah beransur sihat ya..anak yang solleh, teringat saya arwah bapa saya ketika hayatnya..ada juga hantar ayah ke hospital..review
Yeap... hidup bagai roda
Post a Comment