ADVERTHOLOGY

Wednesday, January 30, 2013

bagaimana saya membeli rumah?



Straight to the point. Puan intanfirdaus247 ada bertanya di ruangan komen entry semalam perihal cara cara membeli rumah baru ataupun 2nd hand. Sebenarnya saya keberatan juga nak explain hal ehwal membeli rumah ini sebab agak rumit dan progressnya bergantung kepada keadaan dan pelbagai pihak. Tetapi memandangkan saya tidak mahu menghampakan  puan intanfirdaus247 yang sering berkunjung ke blog saya, maka saya kongsikan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses membeli rumah tersebut (rumah baru). Pengalaman saya la, pengalaman orang lain saya tak tahu .... hehehe. 


  • Jika sudah puas ber-isthikarah dan sudah membuat pilihan mengenai rumah yang ingin dibeli, pembeli boleh terus ke pejabat pemaju/show house untuk bertanyakan availability rumah tersebut. Jika masih ada kekosongan, anda boleh terus membayar harga booking. Selalunya RM500 atau RM1000.
  • Kemudian anda boleh survey dan memohon pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh bank. Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan ialah kad pengenalan, slip gaji, surat pengesahan majikan, resit booking rumah dan lain lain. Ohh yaaa, pastikan anda memilih perbankan Islam bagi memastikan rumah anda tidak dibiayai dengan duit hasil riba'.
  • Jika permohonan pembiayaan anda diluluskan, pihak bank akan menghubungi anda untuk hadir ke bank menandatangani letter offer dari bank. 
  • Selepas itu, agreement berkaitan legal juga harus ditandatangani dengan panel lawyer yang dilantik oleh bank. Bab ni jangan risau, jika anda tiada kelapangan masa, mat despatch diaorang akan datang ke office anda membawa dokumen dokumen yang perlu anda tandatangani.
  • Selesai semua di atas, jika pembiayaan anda setakat 90% dari harga belian maka anda akan menerima surat dari pemaju untuk membayar 10% nilai rumah yang tidak di cover oleh bank. Jumlah yang perlu dibayar ialah (10% dari harga rumah - amaun booking). Jangan risau, ketika bank meluluskan pembiayaan, anda sudah boleh ke KWSP untuk mengeluarkan duit di dalam akaun 2 KWSP. Tetapi jika pembiayaan anda adalah 100%, pihak pemaju akan memulangkan semula duit booking yang dibayar sebelum ini dan anda masih layak mengeluarkan 10% nilai harga rumah dari akaun 2 KWSP anda.
  • Kebanyakkan bank akan absorb legal fee kedalam jumlah pembiayaan anda. So tak perlu risau. Selepas itu, setiap progress rumah, pemaju melalui panel peguam akan claim kepada bank untuk pembayaran mengikut peringkat peringkat yang ditentukan. Part ni anda tak perlu risau kerana jika bank lewat bayar 'progress payment' kepada pemaju, caj lambat bayar akan ditanggung oleh bank dan bukannya anda selaku pembeli.
  • Sehinggalah rumah 80% siap, anda akan menerima surat dari pemaju beserta bil yang perlu dibayar untuk kemasukan elektrik dan air. (misc bill)
  • Apabila anda sudah membuat bayaran 'misc bill' dan bank selesai membayar baki 20% harga belian, serahan kunci akan dilakukan (vacant possession).
  • Apabila dapat kunci, anda dinasihatkan memeriksa keadaan rumah anda. Jika ada sebarang kerosakan, retak atau apa sahaja perkara tidak sepatutnya, aduan boleh dibuat kepada pemaju untuk penambahbaikan. 
  • Akhir sekali, anda bolehlah mula membeli lampu, kipas untuk di pasang di dalam rumah dan kalau nak renovate sikit sikit dah boleh mula sebelum anda melangkah masuk menetap di rumah tersebut. :-)

Begitulah sedikit sebanyak yang mampu saya kongsikan. Maybe ada satu dua perkara yang saya tertinggal. Setakat ini rumah saya dah sampai stage bayar misc bill tu, sedang tunggu surat dari bank yang mengatakan semua harga belian sudah di bayar kepada pemaju. Bila dah dapat surat tu bolehlah saya set masa dengan developer untuk datang office ambil kunci. So yang last last tu pun saya tulis berdasarkan nasihat dari rakan rakan yang pernah beli rumah sebelum ini sebab saya pun tak sampai stages tu lagi. Jika ada rakan rakan lain nak tambah bolehlah berkongsi juga di ruangan komen.











































53 comments:

intanfirdaus247 said...

TMM...x payahlah berpuan puan..ekeke..panggei intan je..:) wah, saya baca entry ni kuat2 tau sebab encik somi nak dengar juga..akhirnya intan paham dah...rupanya snang je step kalau diterangkan dengan jelas mcm ni...serius saya paham akhirnya.. err..nak tanya lagi satu, ada had umur ka untuk pembelian rumah baru nak naik n??

intanfirdaus247 said...

kalau kwsp nak join husband wife boleh ke ?untuk guna akaun 2

AdinataGus said...

Bila saya dah bekerja saya baca balik post ni.huhu lama lagi :p

whitecappuccino said...

bagus ni..so sape yg nak beli rumah bleh rujuk sini..

Ayue Rejaluddin said...

Boleh dijadikan rujukan masa hadapan ni..... =D
Mana tau ada rezeki AJ nak beli rumah nanti....

Arai Lekir said...

oh macam ni rupanya step-step nk beli rumah..thanks

ghost said...

masa tengah IN ni lah sesuai sangat kita beli rumah.

Nong Andy said...

detail gak penerangan ni.. bagus :)

norh said...

Masa saya book rumah dulu, plan pun tak siap lagi..nasib baik puas hati..he he

dee said...

aaaa pening pening. :D

ewanthology said...

@intan : tenure pembiayaan selalunya sehingga umur mencecah 65 tahun. contohnya jika intan sekarang berumur 35 tahun maka boleh buat pembiayaan untuk jangka masa 30 tahun shj. lagi lmbt buat, lagi pendek tenure yang di beri. jika tenure pendek, bayaran ansuran bulanan akan jadi lebih tinggi. so, jgn tangguh2, mulakannya skrg :-)

ewanthology said...

@ intan : jika pembelian rumah di buat atas nama intan seorang, maka hanya intan sahaja yg boleh buat pengeluaran kwsp tersebut.

jika pembelian bersama, maybe boleh.

gadisBunga™ said...

dan seelok2eloknya utamakan beli rumah dulu baru buat major purchase lain kan?

aizamia3 said...

baik untuk mereka yang baru bercadang nak membeli rumah.. sekurang-kurangnya entry ni dapat membantu.. ;)

Kakzakie Purvit said...

Sangat informatif buat yg ingin tahu. Betul sebaiknya kalau nak renovate biarlah sebelum masuk. Sebab masa renovation banyak habuk dan sepah yg kurang baik buat anak-anak. Kalau belum punya anak pun buat isteri tidak selesa kerana pekerja biasa lelaki - rasa tidak ada privacy masa itu bila 24 jam kena bertudung dan setokin (eh.. ini kalau kakaklah).

khaifaiz said...

kena bayar kos guaman juga kan.

ewanthology said...

@khaifaiz : depend pada bank, ada yg kita kena tanggung, ada juga yang dimasukkan sekali ke dalam jumlah pembiayaan.

macyhumaira said...

takde duit lagi nak beli rumah. tunggu kerja. ihih

My Little Diary said...

saya juga tgh tunggu untuk dpt kan kunci jer ni...hehehe misc bil dah bayar pun...
:) :) :)

Dkna Abza said...

terfikir nak beli rumah...mungkin belum ada rezeki..

Unknown said...

alhamdulillah rumah den sudah habis bayor no more hutang dgn bank yi haaa

emylase. said...

Oh, terima kasihuntuk tips ni :)

Azlan Strider said...

wah...thanks 4 da info bro..tapi step nie untuk membeli rumah yang belum siap kan???kalau yang dah siap step dia sama gak ek??

Regards,
-Strider-

Unknown said...

boleh di jadikan rujukkan untuk masa akan datang.. thanks bro :)

ewanthology said...

@azlan strider : untuk umah subsale lain bro, melibatkan urusan tukar nama atas geran owner lama. saya kurang arif pula pasal ini.

Anonymous said...

susahnye nak beli rumah skang :(

Mrs Velentine said...

berguna untuk beli rumah nnt

Anonymous said...

beli rumah baru lebih mudah berbanding rumah tangan kedua.

satu lagi, wujud sekumpulan pembeli yang menjadikan hartanah ni macam komoditi dagangan. mereka beli rumah belum siap yang ada potensi. lepas siap, mereka akan jual dengan harga yang berlipat kali ganda. kita jugak yang jadi mangsa...

ewanthology said...

@Smbotak : sebenarnya itu satu pelaburan yg bijak. apabila anda membeli rumah yg belum siap, apabila sudah siap nnt harga rumah tersebut akan meningkat hingga 20% dari harga asal mengikut kepada lokasi rumah tersebut. trend harga rumah yg semakin meningkat adalah perkara biasa. harga rumah tidak boleh dinaikkan sewenangnya kerana ada panel penilai yg akan menentukan harga semasa rumah.

azwa amani said...

entry sgt2 berguna, thanks.. sebb amani pun tgah survey nak beli rumah... sgt2 berguna tips ni

Gdsbnga said...

mohon enam tahun akan datang post ini masih ada lagi :)

najihahfara said...

berguna untuk masa depan sy ni..hihi thanks

reenapple said...

wahhh... nanti aku nk beli rumah nanti, aku refer entri ini lagi. =)

Mia Kassim said...

Info yg baik.....dulu saya beli rumah salesman yg tlg uruskan semua.... :D

Anonymous said...

Heihei..thanks for the info. InsyaAllah..satu hari nanti.

Pha Is said...

nice share.. dah grad nnti, dah keje nanti, mmg nk kna cari rumah...

Aimacomel said...

insyaAllah nanti akan cari rumah, cari org rumah jgk =) skg payah sebenarnya nk buat keputusa beli rumah ni. harga makin lama makin melambung. kat area luar bandar ni ok la lagi, kalau kat bandar besar garu kepala tak sudah la jawabnya..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bagus ni utk mereka yg cadang nak beli rumah

inche hlovate said...

bila sya nak beli rumah 1 hari nti boleh la dtg sini buat rujukan kan

Anonymous said...

maaf, baru teringat nak balas komen kat atas.

memang menguntungkan kalau kita ni adalah pihak yang membeli untuk dijadikan aset (atau tempat tinggal). cuma kalau dah wujud satu pakatan tertentu (ada terbaca dalam satu laporan akhbar) termasuk daripada pemaju sendiri, ini seakan menipu bakal pembeli.

lebih-lebih lagi bila tak sampai beberapa bulan launching, semua unit dah habis terjual. padahal `pakatan rahsia' ini la yang dah beli awal-awal, dengan tujuan nak dapat untung besar bila siap.

ini diakui sendiri oleh beberapa orang yang terlibat (aku pernah tanya kawan).

ada pendapat tak bro?

ewanthology said...

@smbotak - saya x pernah dgr pula pasal pakatan ni. jika ada memang x adil lah kan.

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Sesungguhnya banyak info saya dapat dri entry ni abgiwn.. dengan komen2 yg ada ni ^_^

Termasukla entry yg selepas ini, tips beli rumah: logistik.

InsyaALLAH.. saya pun dalam tempoh berusaha dptkn sebiji. :)

Jna marcello said...

Nice sharingggggg bro!
antyhg refer cni =)

intanfirdaus247 said...

see..ramai yg suka entry ni dan entry ni sangat2 berguna..hehe..ramai upernya yg masih mencari2 info tentang pembelian rumah! tq bro!

Unknown said...

Ni applicable utk rumah keberapa?

nuckie87 said...

Kalau yg berpendapatan bulanan rendah dari rm2000 sebulan boleh ke beli rumah? Saja tanya sbb skrg tgh plan nk beli rumah.. Saya blm kahwin lagi tapi pasangan istimewa tue ada la.. Heheh.. Saya tanya bukan sbb apa.. Senanh bila sudah kahwin rumah sndiri da ada.. Baru planning mk beli kereta.. Atau mgkin bli kereta dahulu baru runah.. Huhu

nuckie87 said...

Pekerja yg mmpunyai pndapatan bulanan kurang daripada rm2000 sbulan blh ke apply loan rumah? Bukan apa.. Planning nk beli rumah.. Senang pas kahwin nanti insha Allah boleh terus naek rumah..

ewanthology said...

@nuckie87 : depend pada harga rumah dan komitmen bulanan anda, jika anda ingin membeli rumH, jumlah baki gaji anda setelah ditolak installment bulanan rumah nnt mesti 50% dari gaji asal.

bubabebu said...

Sy pernah dgr lepas dapat loan dari pihak bank, kita akan sign letter offer bank.
Tapi lepas tubkita kena sign letter of undertaking dgn lawyer.
Apa maksud letter of undertaking ni eh?

bubabebu said...

Lepas kita dah sign letter offer dgn pihak bank, kita kena sign letter of undertaking dgn pihak lawyer..
Apatu letter of undertaking?

sul said...

well explained! thanks!

Sya_Merpati Putih 88 said...

tahnks sebba sudi share info / pengalaman beli rumah baru..
akn sy jadikan rujukan di masa akan dtg...

Sya_Merpati Putih 88 said...

tahnks sebba sudi share info / pengalaman beli rumah baru..
akn sy jadikan rujukan di masa akan dtg...