ADVERTHOLOGY

Friday, March 6, 2015

salah tanggapan terhadap penggunaan kad kredit




Kad kredit sebenarnya bertindak sebagai medium pembayaran dan bukannya sebagai medium untuk pengguna berhutang. Kegusaran membawa wang tunai dengan banyak menjadikan penggunaan kad kredit begitu relevan sebenarnya. 

Membawa kad kredit berbanding tunai yang banyak ketika keluar berbelanja meminimakan risiko kerugian jika malapetaka seperti diragut menimpa. Pelanggan hanya perlu menelefon pusat kad kredit untuk membatalkan kad kredit yang hilang/diragut tanpa risau akan  kehilangan wang tunai.

Kad kredit juga boleh digunakan jika mendapati perlu membeli sesuatu atau membuat pembayaran atas perkara perkara yang mustahak yang tidak boleh ditunda tunda sehingga gaji masuk. DENGAN SYARAT, setiap amaun penggunaan kad kredit tersebut haruslah dibayar semula apabila gaji sudah masuk tanpa gagal. Ini bagi mengelakkan pengguna terpaksa membayar caj lewat bayar yang dikenakan oleh institusi perbankan. 

Inilah yang dinamakan penggunaan mengikut keperluan dan bukannya keinginan. Jika penggunaan kad kredit dibuat mengikut keperluan sudah tentu tidak menjadi masalah untuk pengguna membayar semula amaun yang telah digunakan apabila gaji sudah masuk. Malangnya, penggunaan mengikut keinginan hanya akan menyukarkan kemampuan pengguna membayar semula amaun yang telah digunakan. Membuat pembayaran minimum bukanlah satu langkah yang bijak kerana amaun selebihnya akan di caj oleh institusi perbankan.

Harus diingat, pihak bank selalunya memberi tempoh selama sebulan dari tarikh penggunaan kad kredit untuk pengguna membayar semula amaun penuh penggunaan sebelum ianya di caj. Terdapat sesetengah bank mampu melanjutkan bayaran balik sehingga sebulan + 21 hari.

Penggunaan kad kredit sepatutnya menjadi aplikasi memudahkan urusan perbelanjaan harian dan bukannya merumitkan lagi keadaan. Tidak salah menggunakan kad kredit asalkan berhemah dan tahu 'mengukur baju dibadan sendiri'.


15 comments:

Chot said...

hah. btl.. cegah sebelom parah.CC berguna JIKA tidak disalah guna dan tidak disalah mengertikan..hehe

Sofea said...

setuju.. kena berwaspada..target tahun ni clear hutang kad kredit

iAmCekbolat said...

masih belum ada dan ada cita-cita nak ada dan takmahu berhutang sebegitu rupa . >,<

♥ Nana BamBam ♥ said...

penggunaan kad kredit sebenarnya bukan bawa kita asyiknya berbelanja tetapi mengingatkan kita bahawa menghadkan perbelanjaan mengikut kemampuan.

jika sudah di limitkan rm2000 contohnya, maka hendaklah hadkan pengunaan wang tersebut.

jangan lupa sediakan wang secukupnya untuk membayar balik apabila wang kad kredit habis. :p

una berry said...

CC sebenarnya bagus kalau pandai guna. bila dah guna bayar. bukan bayar 10% ke apa.bayar habis. anggap macam hutang dengan duit sendiri. bila guna kad kredit dapat kumpul point. bila point banyak boleh tukar barang. lebih berbaloi sebenarnya. debit card pun lambat nak kumpul point.

DHAGI said...

Tapi male..lets face it..ramai orang saix xxl nak pakai saiz m..

Unknown said...

suka dgn ayat akhir tu ... ukur baju di badan sendiri ... klu x tahu ukur jgn nak salahkan pihak bank lak ambil tindakan ...

Nizam.Ariff said...

Betul....
1. Cash safety
2. Cashflow management
Tapi kena disiplin.

JR said...

Saya pernah ada 4 kad kredit serentak, tapi lepas tengok kawan yg ada banyak kad kredit hingga kesnya dibawa ke mahkamah dan hampir diisytihar bangkrap baru saya sedar keburukan kad kredit. Sekarang saya cuma simpan satu kad kredit yg jarang2 pakai, simpan saja in case of emergency...

Korn Ahmad said...

kad kredit gua sudah mau sampai limmit.. helpppp

MizzTina said...

pernah sekali bank mana tah lupa anta kad kredit..xguna langsung n xbrani nk terima.. so smpi skang n mungkin smpi bebila tak akan ada kad kredit..

Dr K said...

Perlu ada kad kredit, utk kes kes emergency, utk melancong ke luar negara..Sebab saya sendiri dah kena masa ke Australia, tak banyak premis yg menrima debit card.

Pun begitu, kalau risau sangat & tak boleh komited dalam merancang perbelanjaan, better stick to debit card

ellynadyra said...

ngeh ngeh ngeh
ringkas dan padat perkongsian ini
bagus
ada bagusnya credit card ni
ada buruknya juga
pepandai la guna

fatin said...

i prefer debit card

Najib Ariyan Ali Basha said...

tu lah yang payahnya... nak mengontrol duit dalam tangan pun payah... lebih kurang kad kredit lah... susah nak kontrol kalau tau ada duit boleh dipinjam...