ADVERTHOLOGY

Friday, August 23, 2019

Not so smart


Sejak akhir akhir ini saya didatangi fobia menggunakan 'smart-tag'. Sudah dua tiga kali atau mungkin tiga empat kali 'smart-tag' saya gagal berfungsi dilaluannya.

Bayangkan waktu puncak orang nak pergi kerja, dengan kereta berderet deret. Tiba tiba tertera mesej ' no smart-tag' atau 'kad tidak sah' di papan elektronik tu? Memang tension, menggelabah, marah, stress, serba salah dan macam macam lagi perasan bercampur baur hanya Tuhan yang tahu.

Kenderaan lain terpaksa mengundur satu per satu, sikit sikit dan saya pula terpaksa beralih dari lorong paling kanan ke yang paling kiri. Mujur sikap tolak ansur dan sabar masih ada dalam kebanyakan hati sanubari pemandu Malaysia. Kebanyakkanlah, kalau ada dengar bunyi hon tu adalah sebahagian sikit sikit yang tinggal. Tidak mengapa, saya faham. 

Bukan masalah bateri lemah, bukan masalah baki tak cukup. Masalahnya kad tersebut enggan menjadi 'smart' pada hari kejadian. Masalah yang timbul diluar kawalan. 

Dalam keadaan kita nak cepat akhirnya kita yang menjadi punca orang lain lambat. 

Maka, seminggu dua kebelakangan ini saya memilih untuk menggunakan laluan 'touch n go'. Itupun samada pada laluan paling kiri atau dua dari kiri yang akan ada operator bertugas di dalam pondok tol tu. Senang kalau kad buat hal lagi boleh terus selesai dengan operator bertugas.

Mungkin akan terus begitu. Lambat sikitlah berbanding 'smart-tag', Tapi hati lebih tenang walaupun lambat daripada menjadi punca orang lain lambat. 



4 comments:

aswadz said...

i feel you bro. hahaha... lepas 2-3 kali kena, terus aku simpan smart tag tu.

Zaza Abdul Latif said...

dah sampai masa untuk tukar kad touch & go kot..
ada juga masalah lain dgn smart tag.. saya punya tak keluar amount dkt screen machine smart tag tu.. payah nak tau berapa ada balance dalam touch & go..

uncle gedek said...

Uncle selalu pegi lorong paling kiri sebab kadang2 juru tolnya awek.... (bisik)

Raz said...

saya pun guna touch n go je skrg .. malas nak fikir benda2 mcm tu