ADVERTHOLOGY
Monday, May 28, 2012
antara photographer profesional dan pemilik nikon
"Nak memilih wedding photographer ni abang kena pilih betul betul. Siapa yang tak nak gambar kahwin diorang cantik cantik kan. Abang kena pilih yang profesional. Yang kerja dia memang ambil gambar wedding. Bukan part timer. Sekarang ni dah ramai mampu beli kamera DSLR. Lepas tu mula nak berjinak jinak buat part time ambil gambar wedding. Output photographer profesional dengan part timer ni lain bang. Abang kena pilih betul betul."
Itu kata seorang brader yang saya temui semasa pameran pengantin dulu. Sebenarnya saya tidaklah terlalu memilih dalam melantik photographer rasmi majlis perkahwinan saya nanti. Asalkan harga tidak terlalu mahal dan hasil kerja menarik, itu sudah cukup. Hak memilih itu sebenarnya jatuh ke tangan pelanggan juga pada akhirnya. Kalau mampu boleh bayar lebih untuk dapatkan photographer yang dirasakan terbaik. Jika tidak mampu, pilih yang biasa biasa cukuplah. Cumanya, brader photographer tu tak perlulah nak membanding banding kan antara yang profesional dan part timer. Sebab saya rasa brader tu sebelum jadi Pro pun dia bermula dari part timer jugak kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Tiada manusia yang dilahirkan terus menjadi dewasa melainkan setelah melalui beberapa fasa kehidupan dan menempuhi pengalaman hidup yang panjang. :)
Semoga berbahagia. :)
yg part time pun ramai yg cantik.. cume bezenye yg full time tu xde pencarian lain.,. dan yg part time tu ade pencarian lain..
yg part gime pun cantik je.. yg pnting ikut kmampuan kita kan
hope gamba yg cantik tu nanti blh dikongsi bersama....brader tu tgh melaksanakan proses pemasaran...ayat menggoda tu...
photograpger profesional national geografik boleh ambik gambar weding bagus?
lau tak bagi peluang kat amatur nih, camner dowang nak kembangkan skill dowang nanti. dowang pun nak jadi profesional gak.
janji gambar yang diambil tu diproses dan disiapkan dengan kadar yg betul. tak guna kalau gambar cantik harga cantik tapi kita dah ada anak 5 baru gambar siap (tu pun kalau siap). ko nak kawin eh? bila?
salam kenal,
Brader tu ngah marketkan diri dia, sebab tu dia wat perbandingan. Tapi pendapat sy, part time or full time tu bukan isu, tapi yang penting skill dia. Part time pon ade gak yg leh tgkap gmbar cntik2
betul.. bukan celik mata terus pandai dalam sesuatu bidang tu.. ada jauh bangunnya.. kalau terus pandai takdelah amatur namanya..
bukan slau nak amik pic pkai bju wedding..so mmg penting la
both part-time photographer and professional photographer have their own abilities. but what's distinguish between both parties is the skills they require to take photographs
ingatlah bahwa setiap pekerjaan itu pasti bermula dari bawah dahulu.
brader tu tgh buat marketing kot?
aku guna kamera hp 3.2,import je aku ambik gambar.pengeras nasi minyak berlauk dengan sirap.hehe
Sekarang ni budak2 sekolah pun ramai yang minat jadi photographer.Bukan setakat untuk majlis sekolah, untuk wedding pun ada yg berani jadi photographer.
betul ni.setuju.tak perlu buat
perbandingan.
yups! kna pilih btl2 bro.. ramai yg partime skrng ni,make sure survey btl2 n tgk quality yg diorng dah produce :)
ada betul ada tak juga kata brader tu..
apa2pun yang baru harus diberi peluang dan yang lama harus tampil dengan hasil yang lebih berkualiti :-)
Manusia selalu lupe usul dia.. Sama mcm dia lupa usul dia dari tanah tp dia geli dgn tanah..
Xske nye org mcmtu.. Pro tak smstinye perfect.. Kalau pro pun ade yg lg pro.. Cis-
yg penting, jgn over bajet yea cik abang..(^_^)
ingat senang ke nak convince org utk hire dia..hehe
betul juga kata2 brader tu...tapi kalau ada sedara atau kawan2 yg pandai. why not!
save sikit kan.
aku nasihatkan,kalau nak amek part timer pun,amek budak2 dari lim kok wing ke,MMU ke...dorang nyer keje sangat tip top!
hanya suka amik gambar bolm lagi sampai nak jadi part timer photog :D
klau org tu mmg hebat x kira part timer atau pro, result mmg terbaik laa.. apa2 pun, ikut budget kita laa kn ^^
Post a Comment