ADVERTHOLOGY
Wednesday, May 30, 2012
cerita orang nak kahwin
Pada pendapat saya, sekarang ini kalau nak kahwin paling koman pun kena ada sekitar RM30,000. Nampak tak berapa banyak kosong dibelakangnya tu? Ini cerita bukan nak buat grand grand sangat lah. Setakat majlis bertaraf sederhana sahaja.
Masa nak merisik/bertunang dah kena standby 2 bentuk cincin. Bercerita bab hantaran pulak saya rasa dah lesap RM10k. Ini amaun standard saya rasa. Kalau dapat kurang makanya untunglah korang. Kalau kena lebih makanya padan muka korang.
Tinggal lagi RM20k.
Masuk bab persiapan. Barang hantaran mesti nak perfume Calvin Klein, Jam tangan Armani Exchange, telekung Siti Khadijah dan handphone samsung SII. Betul? Atau korang tak kisah kalau bakal suami letak bekas tupperware dan choki choki atas dulang hantaran tu? Jangan nak hipokrit sangat boleh?
Lepas tu nak kena fikir bajet untuk baju nikah, baju bersanding dan photographer pulak. Bab kenduri kendara kat kampung tu maybe mak ayah boleh tolong cover cover sikit kot. Tapi takkan semua benda orang tua nak cover kan.
Makanya pada pendapat saya sekali lagi, dalam kehidupan yang berorientasikan duit pada ketika ini. Dinasihatkan rajin rajin lah menabung. Jangan nanti bila nak kahwin mulalah sibuk survey pinjaman peribadi kat bank bank yang ada kat Malaysia ni. Dah kahwin 10 tahun pun pinjaman tak settle lagi.
Tapi kalau majlis perkahwinan tu nanti ada orang nak fully sponsor, itu cerita lain.... untunglahhhhh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
29 comments:
Perubahan zaman
BW Wed nite. Nite-nite peps delarocha u were tagged here http://paripariputih.blogspot.com/2012/05/note-for-u-thank-u.html
Bila tiba masanya, jangan lupa jemput Dira. Teringin untuk memeriahkan majlis.. heeehehehe ^_^
Ikut keupayaan bang...
Barang hantaran tu baik cari yg kekal.. Minyak wangi tu kan abis.. Telekung ke, sepersalinan baju kasut kain ok.. Dpt jimat lepas tu bole la hanimun best2..
rasanya baik bersederhana, tak payah over kot. 30K memang errr...
lagipun yang penting lepas kahwin, ada duit ke nak isi dua peut lepas ni...
kerja kahwin memang memeningkan kepala.
same here.pening pk psl knduri.so far mmg sy try minimise budget knduri.xde nk buat grand sgt tp tu la even sederhana pun byk gk melayang duit ni.lumrah lah..
a'aa skrg ni kawen mmg pakai duet bayank kan..
Betul2, saya antara org yg bakal kawin. Fuhhh,,berpeluh pk mane nak cut cost. Sebab tu saya lebih rela beli barang2 dari awl. Takde la terasa sgt beban dia. Menabung tu memang penting, sebab tu lebih baik kite wat side income. :)
ye la... untglaa kalo ada org nk sponsor kalo nk kawen nnt.. hehehehe
untungla yg dapat kawin free tuh..tggl goyang kaki je bersanding ats pelamin..huhuhu
tapi ada beberapo budak2 skrg...duit takdo tapi dah menggatal nak kawen...hmm..
untung sangatlaaaa
retis boleh lah kan sponsor.....hrmm macam xsetuju lah buat besar² ni.....garden wedding sudah pastu jemput 200 org ajer hahahah (mood kedekot) :p
hehe. untunglahhh kalau ada fully sponsor. untunglahhh
hantaran skrng dah xder gulu2 ke cekelat ker...
semua main IT equipment jer...
iPad lah, iPod, iPhone la...perghhh untung badan yg dpt..
:)
haih, simpan duit utk kawen je la gamaknya..
kan
betul tu...
haih...nak kena simpan duit lagi banyak nih.... :)
sume bende mahal skang. banyak pakai duit wooo kalau nak kawen. kalau byk duit takpe. heee
HAHAHA..hantaran ikut individu jugaklah..kalau psgn demand sgt pun bahaya..kena ada toleransi la klu sama2 nak mendirikan rumah tgga cpat..hantaran jgn nak yg mlampau2 sgt..nak brand2 sgt..tak perlu2..kalau pndai saving dan pilih brg hntran..rm3k pun xsmpai..heeee ;)
hrp2 dapat sponsor laa kn, hikk...
zaman sekarang dah pelik . lagi tinggi pelajaran perempuan tu , lagi tinggi money . tapi nak jugak kawen kan . hehe
patut la kebarangkalian suami untuk menghadapi penyakit botak amat tinggi. ermm...
Salam..
ini kira luahan orang nak berkahwin kan kan? bhahahahaha. giler, gelak yg ternyata mengandungi unsur2 kejahatan,hik3.
Lana nak ckp lebih, lana pun tak lalui lagi.. cuma mendengar penglmn org.. apa yang penting, tidak berhutang.
Pastu, bos tmpt lana keja kedai roti dulu gtau, usahakan buat secara sederhana, nnti duit lebih boleh buat gi honeymun tmpt yg best2. Bos gtau, buat kenduri grand2 nak jamu, tayang kat org buat apa, baik guna duit untuk g honeymoon berdua, lagi syiok bos ckp,hahaha.
Tapi..realitinya, susah nak buat gitu kan abgiwan...budaya..org tak nak ikut agama.. T___T
tula, nak kahwin mmg memerlukan byk perbelenjaan. dari skrg kena saving2 sikit. hehe
i beg to differ. cuma masanya belum sampai.
tapi bila dah sampai time nanti ada banyakkkk org yg saya kene explain. :)
sukanya dengar. XD
btol2..
pape pn cuba berjimat...cut cos mn y perlu..jgn ikut org letak iphone, ipad kat dulang tu dah la..hihi..
tp kalau nak apa slhnya..janji gembira :)
ukur baju di badan sendiri.. jangan sebab nak jaga hati, diri sendiri merana..
Post a Comment