ADVERTHOLOGY

Saturday, September 22, 2012

best friend brings out the best in each other

Saya pernah terbaca dalam sebuah buku yang saya sudah lupa tajuknya, kalau nak jadikan seseorang itu sebagai kawan rapat, kena buat solat isthikarah dulu. Kalau orang tu sesuai dijadikan kawan, doalah agar dipereratkan silaturrahim antara keduanya. Jika sebaliknya pula, mohon lah agar dijauhkan daripada orang orang yang tidak sesuai.

Bukannya apa, tak kiralah yang sudah bekerja atau masih belajar. Kebanyakkan waktu seharian kita pasti akan dihabiskan dengan rakan rakan berbanding dengan ahli keluarga di rumah. Makanya, pengaruh dari rakan rakan sangat kuat kepada kita. Kalau rakan rakan yang elok elok, syukur lah. Tapi ada juga yang tersilap memilih kawan dan akhirnya terpengaruh dan terjebak dengan perkara perkara yang tidak sihat.

Acuan seseorang individu itu boleh dilihat dengan dari mana mereka datang, kehidupan bagaimana yang mereka lalui dan dengan siapa mereka berkawan.

12 comments:

dee said...

boleh jadi tajuk esimen ni. heeee

Tinta Lana said...

Salam.

Abgiwan, ayat ni: "Acuan seseorang individu itu boleh dilihat dengan dari mana mereka datang, kehidupan bagaimana yang mereka lalui dan dengan siapa mereka berkawan"

Memang tepat la. Asal-usul keluarga (cara hidup), apa yg mreka lalui (lebih2 lgi zmn kanak2) dan siapa kawan2 terdekat, tiga prkra ni mmg mempengaruhi peribadi seseorg.

Pengalaman lana..tengok kawan2 yg dtg dari keluarga pecah belah..mmg seng tersalah langkah..kasihan..sebab takda siapa nak tunjukkan jalan. Tambah bila salah pilih kawan.

Syazwan Che Deraman said...

orang pernah kata.

kawan tu macam cermin untuk kita.

kalo buruk perangi kawan kita.
maka kita pon kena pantulan buruk tuh.

reenapple said...

Pensyarah aku selalu kata, kalau ada pilihan, buat la solat istikharah. Isthikarah tu bukan sahaja setakat nak pilih jodoh.

Betul. kita boleh tahu keperibadian itu dengan melihat siapa mereka berkawan.

Camy Alya said...

setujuu

aizamia3 said...

betul.. itulah yang ai risaukan dengan anak2 ai sekarang.. moga mereka tak mudah terpengaruh dan dipengaruhi..

Niza Romli said...

Betul betul betul..setuju sangat.

Unknown said...

hmm 1st time dengar yang solat istikharah pun membantu dalam mencari teman.. thanks bro :)

Evagurl said...

terima kasih utk nasihat ini :D

Felly Sophia said...

Setuju sangat dengan ini.

Nong Andy said...

setuju.. tapi adakala kita terpaksa berkawan dengan org itu bila kita sebilik pejabat dengan dia dan kena hadap muka dia 8jam sehari hehehe.... kecualilah kita tukar kerja lain :D

tehr said...

berkawan dengan penjual minyak wangi
kita juga akan berbau wangi
hehe