ADVERTHOLOGY

Sunday, September 23, 2012

yang halal biar berkat




Beberapa hari yang lalu saya ada terbaca mengenai perihal pemakanan dalam membentuk sikap dan keperibadian seseorang individu di dalam sebuah akhbar tempatan. Menurutnya artikel tersebut, apa sekalipun yang kita makan haruslah yang halal di sisi agama Islam. Namun ianya tidak selesai setakat itu sahaja. Makanan yang halal boleh jadi haram jika tiada keberkatan dari hasil yang digunakan untuk membeli makanan tersebut. Dalam erti kata lain rezeki tunai yang diperolehi dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan haruslah ada keberkatannya. Dan di dalam mencari keberkatan rezeki, haruslah kita komited dan jujur dalam setiap pekerjaan yang dilakukan supaya gaji yang diperolehi setimpal dengan pekerjaan yang telah dilakukan. Jika asyik ponteng kerja atau asyik 'mengular' dalam waktu kerja, dikhuatiri gaji yang diperolehi akan kurang keberkatannya.

Begitulah betapa pentingnya untuk kita sentiasa menngambil berat perihal sumber rezeki kita kerana wang tersebutlah yang akan digunakan untuk menampung kehidupan seharian. Dan percaya atau tidak, tanpa kita sedari ianya turut menyumbang dalam pembentukan sikap dan keperibadian kita sendiri.

23 comments:

Cikgu Ma said...

makanan yg masuk dalam perut akan jadi darah daging...sebab tu ibu bapa kena pastikan rezeki yang dibawa masuk dalam rumah adalah halal dan berkat sebab makanan akan mempengaruhi tingkah laku..

sebab tu orang pesan jangan makan asam, nanti minda tumpul =)

Syazwan Che Deraman said...

true bro.

last khutbah pon ada cakap pasal ni.
dalam tak sedar, mungkin rezeki kita hilang keberkatannya.

bukankosong said...

benar

bab bab ni aku mmg detail

risau, tak mo miliki yg haram

Telor Power said...

betul...memcari halal kan bagus

Aku Pencerita said...

Aku renung dan tenung satu2.
*angguk2.
tambah ilmu kuat hati tempuh dunia hari ini dan kemudian.
trimasss

Niza Romli said...

Kita tahu perkara ni tp kdg2 kita lupa dan endah tak endah je dgn perkara yg mcm ni..terutama sekali time kerja tu.

nurdani said...

selain tu, duit yang kita dapat akan cepat habis. penat-penat kumpul, tiba-tiba rasa macam duit tu sekejap je dah takda.

Unknown said...

sebuah entry yang sangat memberi kesan terbaik. harus diingat usah makan gaji buta, tak buat kerja ikhlas dalam menjalankan tgjawab..semoga kita terhindar dari rezeki tak berkat.

dee said...

berkat nasi (cth rezeki) itu bermula dari petani. :)

sama lah macam yang dr. cakap. wink2.

Nong Andy said...

terima kasih atas n3 berguna ini :D

Aien Not Alien said...

nak beli makanan kena ada duit.

duit datang dari usaha.

usaha pula usaha yg macam mana? berkat ke?

tepuk kepala tanya diri sendiri....yang halal biar berkat.

abang bro EL said...

salam bro...bulan madu dah habis ke..haha..

Evagurl said...

betul tu. kalau mknn tu datang drpd sumber yang tak halal or tak berkat mmg org yang makan tu akan ada masalah. klu xde mslh kesihatan pn ada masalah rohani. sebab tu kena teliti dan ambil berat bab2 makan ni

haz said...

yup. btol tu.. berkat itu penting untuk pembentukan sikap dan peribadi kita ke arah yang lebih baik =)

iKhRam said...

bekerjalah sejujurnya
barulah yang halal menjadi berkat.

aizamia3 said...

betul.. ;)

Ceiler Mun said...

yup. betul tu. so, buat kerja kena elok. baru berkat hidup :)

a n said...

jgn terlalu salahkan anak yang berfikiran lembab atau dungu.

tengok diri kita dulu,adakah sumber pendapatan kita itu sepenuhnya halal?

tehr said...

mengular tu macam menipu juga
memang tak berkat tu

Unknown said...

datang nak lihat entry baru pula..asalamualaikum...

Unknown said...

datang nak lihat entry baru pula..asalamualaikum...

Puteri Iqa Izyan said...

yezzaaaa...
apa pun kite makan, pakai.. itulah akan bentuk diri kite.

maka, pilihlah yang halal. :D

ch000tz said...

absolutely right!