ADVERTHOLOGY
Sunday, January 6, 2013
berperang dengan riba' memang sukar untuk menang
"maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba' itu), maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, hak kamu adalah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa" ~ al Baqarah 279.
Sukar untuk menghindari riba' apatah lagi kepada yang sudah terjebak dengannya. Mulalah dikatakan semua institusi perbankan sama sahaja. Ini dilakukan untuk menyedapkan hati.
Kalau makan McD atau KFC pandai pula menjawab yang makanan di situ sudah disahkan halal oleh JAKIM. Maka usah dipersoalkan lagi samada etika penyembelihan mengikut syarak atau tidak. Percaya kepada JAKIM. Kerana mereka lebih pandai dari kita dalam hal hal begini. Biar JAKIM yang tentukan, kita ikut sahaja.
Tetapi hal perbankan Islam pula dipersoalkan macam macam walhal status 'perbankan Islam' itu sudah disahkan oleh majlis syariah yang telah dilantik dari kalangan bijak pandai agama. Mereka telah memberi jaminan bahawa produk yang ditawarkan adalah bebas dari riba'. Tetapi masih ada yang gemar memilih konvensional.
Mereka selesa melihat pembelian kenderaan yang digunakan untuk ketempat kerja dan rumah untuk didiami oleh ahli keluarga dilakukan dengan cara konvensional. Mereka selesa menanggung beban hutang riba' bertahun tahun. Mereka selesa dengan gharar (ketidakpastian).
Ohh ya, mereka tidak gentar berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.
Nauzubillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
Saya tertarik dgn urusan pembelian kereta tu,betul juga.
riba... hurm.. kenapa masih ada yg tak faham apa jadik lau kita makan riba??
nice entry bro :-)
Nauzubillah.
terima kasih ya, kongsi info ni...
tq blog list anda ...
tq info yqang berguna ni...
Nauzubillah,
perbankan islam lebih selamat..
owh, donia ~
us against the world. terkadang tewas juga :'( Nauzubillah.
Two years ago : tiada keretaku bawa kau jalan-jalan, rumahku pun tiada ada pun bapa punya....(Anak Kampung, Jimmy Palikat)
present : Baby you can drive my car, yes I'm gonna be a star.. Baby you can drive my car and maybe I love you.... (Drive my car, The Beatles)
5 years later : Can't seem to get the saddle on the spoils of this morbid fugue, my mantras of subhuman nature, just a veil for all elation....(Wintered Debts, Of Montreal)
Selamat berhujung minggu.
itulah dunia akhir zaman, iman setipis kulit bawang..nice entry
Tak tahu lah nk ckp pe. Ada pilihan tp tak byk pilihan.. Dan mereka tetap berkuasa. Kita terpaksa.. Sedang kan kita blh memilih. Aduhhh
perlu bijak memilih..bijak menilai~
malaysia masih belum betul2 mengamalkan islamic banking.. just kita ni kena pandai mencari keberkatan..INSYALLAH..jihad itu memang payah.
Komputer Riba..hahaha
Like this! <3
selalunye skrg bank da ad perbankan islam..So kene pndai tnye...adkh perbankan islam ad unsur riba' atau tidk tu aku xtaw..tp atleast kite telah berusaha ke arah menghindari riba' dgn memilih perbankan islam
takott riba2 ni :(
tau yg riba tu x halal. tpi x faham psl istilah konvensional..
good bro.
mungkin ramai yang tak sedar benda ni.
kes seumpama ni elok diselesaikan secar halus.
kalo media hebah hebahkan berkenaan dengan riba di bank konvensional, maka, rugilah mereka kan.
masih ramai lagi tak sedar. aku harap, nanti, bila dah kerja, aku ingat benda ni dan jauhkan diri aku dengan riba.
skrg mmg ssh nk bezakan hll hrm..mgkin mla2 hll ps di cek tak ikt prosedur ka..kta tak tau..huhu
ntahlah susah juga nak ckp huhu
stuju dgn pendapat Wan~!!!
mmg kadang2 tak sedar benda macam ni.
kdg kurg ilmu dan terbiasa.. keluar dr kebiasaan itu bukan satu yg mudah.. common thinking.. bagus isu ni.. :)
riba ~ erm perkongsian sbg ingatan. gud =) bagaimana kalau kte bersihkan harta kte kalau still gne konvensional.. ~ nk kan kepastian dn penjelasan =_='
@sea lavender - boleh buat refinance dgn perbankan islam
Post a Comment