ADVERTHOLOGY

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, April 22, 2013

random picture from Ipad



la playa hotel, krabi


BOH tea center, sungei palas, cameron highland


johor premium outlet, kulaijaya


danga bay, johor bahru


grandlexis, port dickson


view from platinum victory 2, taman melati


bandar teknologi kajang - bandar baru bangi shortcut


klcc, from akleh


McD drive thru, bandar baru bangi


bandar enstek








Thursday, April 18, 2013

kompilasi cerita rumah




Sejak terima kunci rumah baru ni makin ligat pulak saya kongsikan
cerita cerita perihal rumah dan persiapan sebelum mendudukinya. Belek belek entry lama jumpa 10 entry yang ada kaitan pasal rumah. Itupun kalau saya tidak terlepas pandang la. Di sini, saya compile kan entry tersebut sebagai sumber rujukan diri sendiri dan untuk perkongsian pengalaman bersama dengan rakan rakan blogger semua. Ingat album lagu je ke ada edisi kompilasi? hahaha




FASA BARU (15.04.2013) 

MEMBELI BELAH DI HOUZ DEPOT (01.04.2013)

APA YANG PERLU DIBUAT SETELAH MENDAPAT KUNCI RUMAH (20.03.2013)

PENGELUARAN CARUMAN KWSP (AKAUN 2) UNTUK BAYARAN ANSURAN RUMAH (08.03.2013)

HOUZ DEPOT : TEMPAT TERBAIK MEMBELI PERKAKASAN RUMAH (03.03.2013)

THINK BEFORE YOU BUY A PROPERTIES (02.03.2013)

BAGAIMANA MENJIMATKAN RUANG RUMAH ANDA YANG KECIL? (15.02.2013)

TIPS MEMBELI RUMAH : LOGISTIK (31.01.2013)

BAGAIMANA SAYA MEMBELI RUMAH? (30.01.2013)

HARGA RUMAH 2013 DIJANGKA BAKAL TERUS NAIK (08.01.2013)



Monday, April 8, 2013

keep calm and drink coffee






Hujung minggu. Minum petang bersama 'miss beautiful'. Cerita pasal rumah, baby dan kerja. Berkongsi pandangan, merancang masa depan. 

Sunday, April 7, 2013

kuala lumpur














Kota yang tak pernah sunyi. Kota yang tak pernah mati.
Neverending story.

Kuala Lumpur 06.04.2013 



Wednesday, March 27, 2013

adakah anda betul betul bekerja seperti yang sepatutnya?







sumber gambar : facebook


  • Banyak dah saya jumpa manusia manusia yang besar gajinya tetapi hidup masih tidak tenteram. Ada sahaja yang tak cukup. Ada sahaja masalahnya. Hutang masih keliling pinggang. Hurm..... besar periuk, besar keraknya.


  • Banyak kali juga saya jumpa manusia manusia yang kerja biasa biasa sahaja. Gaji cukup cukup makan. Tapi rileks je. Anak ramai, rumahtangga bahagia. Isteri dan anak anak cukup makan, cukup pakai.


  • Ikhlaskan hati ketika bekerja. Jangan asyik merungut sahaja. 

  • Jaga hubungan dengan Allah. Sesibuk mana pun bekerja, time solat kita kena solat.

  • Jangan lupa bayar zakat pendapatan. Kalau tak larat nak bayar untuk setahun, pergi Lembaga Zakat Selangor tanya staff LZS pasal skim BERKAT. Skim potongan zakat bulanan melalui potongan gaji. Kalau keje area Selangor la. Kalau area lain boleh tanya pusat zakat negeri masing masing.




ps: sekadar sedikit peringatan untuk diri saya dan rakan rakan yang dikasihi.




Wednesday, March 20, 2013

apa yang perlu dibuat setelah mendapat kunci rumah







Antara perkara yang perlu dititik beratkan pada hari pertama anda mengambil kunci rumah baru adalah memastikan keadaan rumah anda berada dalam keadaan baik. Pemaju biasanya akan memberi borang untuk anda membuat laporan jika ada sebarang defect didapati. Oleh itu anda dinasihatkan memeriksa keadaan rumah anda bagi memastikan sebarang defect dapat dilaporkan kepada pemaju untuk dibaik pulih sebelum anda benar benar menduduki rumah tersebut.

Antara defect yang sering dikenalpasti berlaku ialah :

  • crack pada dinding dan lantai.
  • tombol pintu longgar
  • pintu pagar berkarat dan perlu dicat semula
  • flush toilet rosak
  • pemulas shower longgar
  • tiles dipasang tidak kemas
  • tingkap tidak boleh ditutup rapat
Untuk pengetahuan, pihak pemaju akan menanggung kos penambahbaikan segala defect yang dilaporkan. Masa yang diberikan oleh pemaju untuk menyelesaikan masalah defect tersebut adalah selama selewat lewatnya sebulan bergantung kepada defect yang dilaporkan.

Jika selesai hal defect tersebut, anda juga boleh mengambil kesempatan yang ada pada lawatan pertama ke rumah baru anda dengan mengambil ukuran tingkap untuk membeli curtain rod dan menempah langsir. Ukuran ruang dapur juga boleh diambil jika berkira kira ingin memasang kitchen cabinet. Ukuran perlu diambil bagi memastikan anda mendapat anggaran harga yang tepat ketika tinjauan dibuat ke kedai kedai kitchen cabinet. Oleh itu jangan lupa juga untuk membawa pita pengukur ketika ingin mengambil kunci rumah anda :-)



Lawatan pertama juga adalah untuk mengenalpasti jika ada keperluan untuk menambah point lampu dan kipas serta soket di dalam rumah anda. Jumlah kipas, lampu, aircond dan water heater yang diperlukan untuk rumah tersebut juga perlu dipastikan dan disediakan sebelum melantik mana mana kontraktor atau technician untuk melakukan kerja kerja installation item item tersebut.




Thursday, January 17, 2013

aku 'pelat'







Setiap perkara ada batasannya. Kadang kala kita tak nampak batasnya tapi kita boleh rasa kewujudannya. Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Tak semua yang kita sangka betul, akan betul di mata orang lain. Tak semua yang kita sangka elok, akan elok di mata orang lain.

Sunday, January 6, 2013

berperang dengan riba' memang sukar untuk menang





"maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba' itu), maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, hak kamu adalah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa"  ~ al Baqarah 279.


Sukar untuk menghindari riba' apatah lagi kepada yang sudah terjebak dengannya. Mulalah dikatakan semua institusi perbankan sama sahaja. Ini dilakukan untuk menyedapkan hati. 

Kalau makan McD atau KFC pandai pula menjawab yang makanan di situ sudah disahkan halal oleh JAKIM. Maka usah dipersoalkan lagi samada etika penyembelihan mengikut syarak atau tidak. Percaya kepada JAKIM. Kerana mereka lebih pandai dari kita dalam hal hal begini. Biar JAKIM yang tentukan, kita ikut sahaja.

Tetapi hal perbankan Islam pula dipersoalkan macam macam walhal status 'perbankan Islam' itu sudah disahkan oleh majlis syariah yang telah dilantik dari kalangan bijak pandai agama. Mereka telah memberi jaminan bahawa produk yang ditawarkan adalah bebas dari riba'. Tetapi masih ada yang gemar memilih konvensional.

Mereka selesa melihat pembelian kenderaan yang digunakan untuk ketempat kerja dan rumah untuk didiami oleh ahli keluarga dilakukan dengan cara konvensional. Mereka selesa menanggung beban hutang riba' bertahun tahun. Mereka selesa dengan gharar (ketidakpastian).

Ohh ya, mereka tidak gentar berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.

Nauzubillah.

Saturday, January 5, 2013

seriuskah anda mencari kerja?



Beberapa minggu yang lepas, tempat saya bekerja mengadakan sesi temuduga untuk beberapa kekosongan jawatan yang perlu di isi. Minimum kelayakan adalah ijazah dan agak ramai juga yang telah disenarai pendek untuk dipanggil temuduga.

Agak mengejutkan apabila sesetengah daripadanya datang dengan berkemeja kotak kotak dan hanya berseluar khakis. Memang benar 'dont judge the book by its cover' tetapi di dalam konteks etika menghadiri temuduga apatah lagi ianya adalah untuk jawatan bertaraf profesional dan eksekutif adalah menjadi isu apabila penampilan calon yang ditemuduga bersifat ala kadar. '1st impression' diambil kira dalam sesi temuduga sebegini kerana dari penampilan itu sudah dapat dinilai tahap profesional dan keseriusan calon tersebut untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.

Belajar sampai ke peringkat ijazah takkan masih tidak diajar perihal etika menghadiri temuduga ataupun mereka sekadar mengambil mudah perkara perkara seperti ini. 

Setiap tahun negara menghasilkan ribuan lepasan ijazah tetapi kuantiti yang ramai itu tidak menjamin kualiti yang baik juga. Maka tidak hairanlah jika ramai yang terkandas awal hanya kerana tidak menitik beratkan etika penampilan diri ketika menghadiri temuduga.