ADVERTHOLOGY

Tuesday, June 11, 2013

pasar malam





entah sape punya gambar, amik kat google

Pasar malam sekarang dah banyak berubah. Harga nasi ayam dan mee goreng sama sahaja dengan harga kat restoren. Nak cari seluar bundle pun tak payah tunggu pasar malam sebab dah ada jual kat kedai yang buka hari hari. Tiada istimewanya pasar malam sekarang dari segi harga barangan yang dijual.

So, apa yang best sangat dengan pasar malam ni?

'Feel' pusing pusing pasar malam tu yang uniknya dan mungkin ada nostalgia. Sejak kecil saya kat kampung dulu mak ayah dah kenalkan saya dengan pasar malam sebagai sesuatu yang 'rare'. Pasar malam takde hari hari. Seminggu sekali je. Benda tak selalu yang seronok. Bila hari pasar malam rasa macam ada perayaan pulak. Ada ramai orang, ada macam macam kuih muih dan ada burger. Yup, dulu nak makan burger kena tunggu pasar malam. Nak rasa makan sate pun kena tunggu hari pasar malam. Sate tak jual hari hari macam sekarang. Sanggup kumpul duit belanja sekolah supaya bila hari pasar malam nanti boleh buat beli pop corn.

Sekarang pop corn, sate dan burger dah boleh di beli anytime je bila terasa nak makan. Pasar malam pun dah ada hari hari cuma lokasinya sahaja berlainan. Dah tak 'rare'. 

Dan sekarang bila saya ke pasar malam, keterujaan nak membeli tu sikit sahaja. Selebihnya sekadar mengimbau keseronokan nostalgia masa lalu.







39 comments:

Amin A. R said...

betul tu. perasaan nak ke pasar malam dan tak macam masa zaman bebudak dulu.....

Bunda_nora said...

assalam,

tapi sate pasar malam masih sedap...

Genre Dari Langit said...

Gulp....


Cajap pasal sate... meleleh air liur aku

Mek Onie said...

betullllllll,tade yang istimewa selain mengimbau kisah silam... tapi kalau pegi pasar malam ni mesti cari taufu fah :D

4feet8 said...

pergi pasar malam kat rumah semata-mata nak makan nasi berlauk makcik kelantan saja.. hehe.. selalu tak sabar tunggu isnin dan khamis. nasi berlauk dia, sedap..

aizamia3 said...

tiap kali pergi pasar malam mesti beli menu yang sama seperti dulu2.. walaupun banyak menu dihidangkan tapi tak banyak yang menarik perhatian..
mungkin sebab sekarang dah semakin mudah untuk mendapatkannya.. ;)

catherine- said...

pasar malam je pilihan terbaik utk ppuan mcm aku yg x suka bersesak2 dan lenguh kaki meredah masjid jamek. tudung pasar malam pun cantik2. heh ;)

SuzieLAWAti said...

dulu2 memang seronok ..
sekarang dah tak pergi..

dua tiga minggu lagi dah ade bazaar ramadhan kan...
seronok tengok gelagat orang beli makanan... huhu..
setakat ni dah dua tahun saya tak loloskan kaki ke baazar..rasa membazir sebab tak makan pon apa yg di beli..

Anonymous said...

kat tempat aku pasar malam 6 hari seminggu, tapi berlainan lokasi. yang jual orang sama, yang beli pun orang sama. hahaa...

Unknown said...

pasar malam sekarang dah mahal....lagi mahal harga barangnya dr pasaraya..huhu...kalau pergi sekadar memeriahkan saja..jalan2 cuci mata je

eLL said...

sate 70sen dah sekarang, seco'et je.
skrg pg pasar mlm beli buah je. ngn coconut shake blended.

Izwa Kamaruddin said...

yesss...feel tu yg pentingggg :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

lama dah xp pasar malam haha

Unknown said...

aku ke pasar malam cari kacang kuda.. yang tuh masih rare lg..hehe.. tpi betul la, skrg ni pasar malam da x bnyk istimewa mcm dlu..

Sofea said...

wa lau p pasar malam.. cari rangka ayam je..

dania said...

g pasar malam beli ayam uncle bob. haha...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Betul tu abgiwan..soal harga, saya pun rasa takda beza dah dgn kedai2 kat luar.

Saya juga suka ke psr mlm sbb suasananya, lagi2 dengor pengusaha n peniaga tu menjerit2. Kdg2 ingatkan diorg marah ke pa, rupa2nya duk gurau senda.

Tapi, rsa excited tu msih ada.. ad part2 bila mrayau kt psr mlm tu, saya still rsa, woww, uiyoo, uihh. Lagi2 lalu tang gerai ikan,ayam, sayur2, ikn bilis, brg rempah buatan org kmpg ke. Taktau knapa teruja bebeno area situ,hehhe

AM said...

Memang dah tak teruja sangat pergi pasar malam sekarang. Selalu kalau pergi pun sebab nak beli ayam percik dan yong taufu. Sampai ke pasar malam terus tuju ke gerai tue, malas nak jalan2 cuci mata macam kecik2 dulu. :D

Dr K said...

Setuju.

In fact, kekadang harga makanan kat restoren jauh lebih murah.

Tu pasal rasa rasanya dah >6 years aku tak ke pasar malam! tapi bazar ramadhan, pasti pergi!! :P

blog-tips-kurus said...

psr mlm best sebab kakak jual cakoi & karipap giant.

:)

tehr said...

ya la, bro
tiap2 hari ada pasar malam sekarang ni
meriahnya juga dah berkurangan

Nick Nashram said...

aku kalo p pasar malam saje je nak cuci mata :)

Unknown said...

kat area rumah den nih seminggu 2 kali ada pasar malam...kadang2 pergi jugalah cari air tebu atau kopok leko ke...:)

Anonymous said...

Aku mcm touching skit dgr cerita terpaksa kumpul duit belanja utk beli pop corn tu..look at where you are now..:)

Encik Gaara said...

mse kecik2 dulu, benda yg slalu ditunggu tiap2 minggu adalah pasar malam...

Teena Tna said...

Sy skang dah kurang ke pasar malam, kalau uptown tu slalu, dua2 lebih kurang jer dari segi suasana cuma barang yg dijual agak sedikit berbeza.

Evagurl said...

pasar malam kt klantan byk lg makanan best2 ;)

Chipsmore said...

sy pg pasar malam sbb nak tgk makanan jer.. hehe

nurdani said...

dulu masa sekolah kerap pergi pasar malam dengan kawan2. seronok beli mertabak, kebab, satay, tapi lepas je habis sekolah, terus tak minat dah nak ke pasar malam and dah tak tahu nak beli apa

Unknown said...

mujurla.. area rumah ppp dah tak de pasar malam lagi.. sume dah digantikan dgn bazaar larut malam... dan pasar tani jer T_T

No name said...

Ada jugak bro. Kalau kat kampung- kampung. perasaan pi pasar lama tue tetap sama. Kat kampung kan susah nak dapat benda - benda. Cuma kita dah dok kt Kl nie je, lari feel tue.

reenapple said...

Aku suka g pasar malam sebab kat pasar malam ada makanan yang jarang mak aku masak.. ehehe.

My Little Diary said...

dah lama tak ke pasar malam.

miranadia said...

saya suka jalan2 kat pasar malam sampai member panggil skuad pasar malam.

perasan tak, pasar malam tu lagi meriah bila nak dekat2 maghrib? ahha.

Bahulu Studio said...

singgah pasar malam japp....
Assalamualaikum

ewanthology said...

@mohd pk : waalaikumusalam.

||aLeaSaRa|| said...

ye jugak kan...sekarang kalau kata terliur je nak makan..buka je pintu, start enjin kereta..hah jumpalah makanan yang dicari huhu..

HeNRieTTa JoSe said...

Dh lamer xpergi psar mlm...do crowded...lg pula, mcm yg tuan blog ckp...dh xrare...mna mna bleh bli....

ellynadyra said...

dulu aku kecik2, pasar malam la paling dinanti sebab mcm2 benda leh dpt, especially makanan dengan rasa yang best dan murah, tapi skang?
tak yah, makanan2 boleh aje dpt bebila, harga kat kedai pun lebih kurang aje ngan harga kat pasar malam......skang tetiap minggu ada pasar malam, area umah aku je, seminggu 2 kali
so nak kata best ke tak, dah biasa, tak de perasaan teruja nak pi pun skang nih, rasa biasa je......rindu pasar malam dulu2