ADVERTHOLOGY

Thursday, June 13, 2013

what if / stranger than fiction




'What If' ialah sebuah drama lakonan Josiah Hogan yang kini sedang ditayangkan di TV8.

'Stranger Than Fiction' ialah sebuah filem yang diterbitkan pada 2006 lakonan Will Ferrell.

Ideanya sama tetapi pendekatan yang berlainan. Dalam 'What If', Josiah Hogan menulis tentang watak watak disekelilingnya dan mendapati hasil penulisannya menyamai situasi sebenar watak tersebut di dalam kehidupan sebenar mereka. Maksud saya kehidupan watak tersebut di dalam drama, bukan luar drama.

Dalam 'Stranger Than Fiction' pula, Will Ferrell mula menyedari seakan akan setiap tingkah lakunya sedang ditulis oleh seseorang. Dia mencarinya dan berjaya berjumpa dengan novelist yang sedang menulis cerita yang benar benar seperti yang dihadapinya malahan sedang memikirkan cara untuk mematikan watak lelaki dalam novel tersebut. Sebagai pencerahan, watak lelaki yang dimaksudkan ialah Will Ferrell. 

Bukan pengakhiran cerita yang mahu di'highlight'kan tetapi mengenai bagaimana idea penceritaan yang sama boleh dijadikan dua cerita yang berlainan apabila ianya dilihat dari sudut yang berlainan. Kedua dua cerita ini mempunyai identitinya sendiri cuma ideanya pada pendapat saya bersandarkan idea yang sama iaitu seorang penulis yang mana watak watak yang ditulis itu wujud dan tingkah lakunya menyamai dengan dunia sebenar mereka. Satu cerita dibuat dengan mengangkat penulis sebagai subjek utama dan satu cerita lagi menjadikan watak sebagai subjek utama.

Susah nak faham kan? But its ok, kena tengok dulu dua dua cerita ni baru boleh 'nampak'. Anyway, 'Stranger Than Fiction' sebuah filem yang menarik jika anda ingin cuba menontonnya. Begitu juga dengan 'What If'.






16 comments:

reenapple said...

Macam best je. Tapi aku kebelakangan ni tak tengok TV sangat.

tehr said...

belum menontonnya, bro
harap2 ada peluang nanti

Tinta Lana said...

Salam.

Kira..dalam what if, hasil penulisan tu dah siap. Dalam stranger, jalan cerita belum siap sepenuhnya, am i rite?

Saya kena tgk, baru lebih fhm apa yg dismpaikan.

||aLeaSaRa|| said...

tulah memang nak follow drama ni..tak sempat tengok lagi.owh seakan2 novel aku bercerita - ramlee awang mursyid.

Anonymous said...

`stranger than fiction' ni pernah beberapa kali main kat axn (ch701 astro). memang satu filem yang aku kira agak bagus jugak, unik dan penceritaan yang sederhana tapi tak membosankan.

nampaknya aku pun kena tengok `what if' jugak ni...

ghost said...

Idea macam ni yang selalu didahului oleh orang lain sebelum kita sempat memikirkannya. Cara pengolahan yg amat penting, meski hampir sama, tetap ada perbezaan yg ketara.

Nong Andy said...

Aku suka movie sebegitu... ah. Senang cerita aku ni kaki movie... jadi memang layan la kalau macam tu. Rasa nak tgk pula movie tu...

aizamia3 said...

takdan nak layan sebab asal nak tengok je anak2 nak itu nak ini.. sudahnya record.. bila time free nak tengok balik, bapaknya pulak nak itu nak ini.. habis tu bila nak tengok.. hehehe..

blog-tips-kurus said...

rajin pulak pakcik review.. :)

BidadariBesi [SYAA] said...

Aku tengok what if dah dua episod. best. ada scary part dia. tak bosan dan akan rasa berdebar, rasa nak maki, rasa sakit hati tengok orang jahat dalam cerita tu. HAHAHA

Chipsmore said...

Tak pernah tgk lagi dua2 tu.. kena tgk nih.. cm best..

HeNRieTTa JoSe said...

Dua dua piwn rietta blom tgk lg....

Dr K said...

Dua dua movie tu aku tak pernah tgk...so mmg 'lost' dgn review kau tu..:)

Anonymous said...

What if tu belum pernh tgk lg.

Unknown said...

Johsiah..ada jg tengok dia berlakon..best jg

APAN said...

agak kurang fhm gak tp mmg tngh mencari movie utk download skang ni.haha...
nanti aku cuba cari...lom penah tngk rasa2