ADVERTHOLOGY

Wednesday, December 18, 2013

the curious case of 'kenaikan harga rumah'



Penyebab paling ketara yang membawa kepada kenaikan harga rumah ialah kenaikan harga petrol, kenaikan harga 'raw material' seperti simen, batu bata dan besi cerucuk serta tak lain tak bukan kenaikan harga tanah itu sendiri. Penyelenggaraan jentera seperti lori, kren dan backhoe pun makin tinggi terkesan dari kenaikan harga minyak tersebut.

Harga kos yang tinggi membuat pemaju berasakan adalah tidak berbaloi untuk membina rumah teres setingkat pada tanah keluasan 2000 kaki persegi (sqf) kerana harga rumah teres setingkat dengan bukaan 20x70 ataupun 18x68 boleh pergi paling tinggi pun RM200k sahaja. So, pemaju normally akan memilih untuk projek membina rumah dua tingkat di atas tanah yang sama kerana harga rumah dua tingkat boleh dijual sehingga mencecah RM400K. Upgrade sikit design rumah nampak macam 'modern look' sikit dah boleh jual RM640K. Buat rumah teres setingkat untung ciput berbanding kalau buat rumah teres dua tingkat. Padahal buat rumah teres setingkat atau dua tingkat tak lari jauh kos pembuatannya sebenarnya. Boleh tanya quantity surveyor.

So, boleh paham tak kenapa kat area KL, Bandar Baru Bangi, Shah Alam , Nilai dan Pajam sekarang ni semakin kurang (boleh kata tiada langsung) projek perumahan teres satu tingkat. Kat Bandar Enstek ni pun saya bernasib baik kerana sempat sambar sebiji rumah teres setingkat sebab buat masa ni projek baru area sini semua dah mula buat rumah dua tingkat atau tiga tingkat. Harga jangan tanya.

Rumah jenis 'landed' memang ramai yang cari terutama yang jenis berkeluarga. Senang nak parking, senang nak sidai kain, senang anak anak nak main luar rumah. Senang serba serbi. Tapi benda yang memyenangkan macam ni lah yang selalunya susah dan tak mampu untuk dimiliki. 

Dari cerita pasal punca kenaikan harga rumah sampailah cerita kekurangan projek perumahan 
ps : just from my 50cents. entry ditulis berdasarkan pandangan diri sendiri yang kerja makan gaji dan berpendapatan sederhana.





23 comments:

Genre Dari Langit said...

Memang harga rumah makin mencanak naik.. nilai rm dlm tangan kian menjunam turun..

t.a.t.a said...

Aku pernah jugak terfikir nak apply rumah pertama ku itu. Tapi aku curious, gaji aku ni layak ke nak pinjam?

nurdani said...

banyak benda dah naik zaman sekarang ni. impian nak memiliki rumah sendiri belum tercapai. huhu.

Sofea said...

rakyat semakin tersepit, sekian..

Anonymous said...

ada beberapa tempat yang aku rasa ada potensi besar akan meletup pasaran hartanahnya. contohnya sekitar banting.

rasa macam berminat, tapi ongkosnya belum cukup...

eMMe said...

Same la bro.. yg susah dpt, yg kite impikan, lom pasti jadi milik kite, rumah offer yg tinggi2 tu, wat pe, mahal juga kan, kene potong manyak gak tu, yg kaya terus kaya, yg sederhana ni lom tentu leh kaya, silap2.... takmo cakap la...kan dowang kot...huhuhu...impikan umah atas tanah, ade laman sendiri, ntah kan jadi nyata?

nae nematoda said...

sekarang semua benda dah naik, semua benda mahal... nanti bila generasi kami yg akan berkeluarga, nak beli rumah agaknya tak mampu, dengan kenaikan semua ni

Azlan Strider said...

ini satu isu yang menarik..ke mana hala tuju pembangunan especially melibatkan perumahan..walaupun negara kita besar tapi kekadang aku rasa macam kita tak cukup space untuk buat rumah...

Regards,
-Strider-

Unknown said...

harga rumah sekarang memang menakutkan...entah macam mana zaman anak den nanti...huhu

Anonymous said...

Aku plan nk beli rumah kat ganu..nenenene ganu kiterrr..hahaha.pencen nk duk sana.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

agak mngerut dahi kerisauan.. huhuhu

Anonymous said...

nasib baik saya perempuan . tak yah pening2 nak beli umah .

reenapple said...

Hm.. faham

Faaeinz said...

ini baru tahun 2013.
harga semua naik.
gaji pun kenalah juga.

Nazerah Yahya said...

alamak , cemana ni ?
rumah pun nek harga ..... nanti dok tang manaaaa ??? huhuhuhu ... ><''

Zaza Iman said...

tak mampu lagi nak beli rumah.. hukhuk

Tinta Lana said...

Salam.

Tersenyum saya baca komen veesandy.

Ini bukan soal perempuan atau lelaki.

Ini lah realiti hidup skrg ni. Terasa cengkamannya kan.

Termenung saya..

Aimacomel said...

jangan la kata kat KL je, yang jauh dari KL ni pun memang dah gila2 mahal harga rumah. Area Manjung harga berganda2 hebat berbanding Ipoh ibu negeri Perak ni tau.
Abis kita orang muda ni nk beli rumah camne??? habis belajar je kerja utk bayar hutang semua. bekerja utk bayar hutang2. aduhaiii,

caliph shuriken said...

join lana termenung panjang ni, huh...

APAN said...

untung ko dah berjaya sambar sebijik. alhamdulillah...

Chot said...

tercari2 dlm gelap rumah single storey..mmg susah ea..lainkan kalo nak beli tanah buat sendiri..huhuhu

anumuchan said...

uwaa bile la dpt nk bli rmh landed kat kl ni.balik kg je laa huhuuu

Mijie said...

memang rezeki kita yg hampir sama..dapat beli rumah setingkat dan hidup berjiran dgn bro