ADVERTHOLOGY
Monday, January 13, 2014
mengelakkan diri menjadi mangsa ragut di dalam kereta sendiri
Peristiwa hampir setahun yang lalu apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dipecahkan cerminnya dan diragut beg tangannya ketika kereta berhenti di lampu isyarat tiba tiba kembali diingatan saya. Masalah pertamanya ialah adegan seperti itu adalah sesuatu yang kita ingin elakkan daripada berlaku. Masalah keduanya, ianya berlaku dihadapan mata saya dan tiada apa yang mampu saya lakukan kerana ianya berlaku dengan pantas dan tanpa diduga.
Its ok. Yang lepas tu, lepas lah. Hopefully lepas ni perkara ini tidak berulang. Bagaimana untuk mencegahnya?
Target peragut bermotosikal ini selalunya adalah pemandu wanita yang memandu berseorangan. So, kepada pemandu wanita, pastikan anda tidak meletakkan beg tangan atau apa sahaja barang berharga anda di atas kerusi tempat duduk penumpang hadapan. Dan lagi satu, ketika anda memberhentikan kereta di persimpangan lampu isyarat, jeling jeling sikit side mirror kiri anda. Berjaga jaga sekiranya ada penunggang dan pembonceng motosikal yang akan melalui sebelah kereta anda. Bukan untuk berprasangka buruk. Tetapi sekadar lebih berhati hati.
Normally yang melakukannya bukanlah penunggang motosikal yang berseorangan tetapi yang mempunyai pembonceng. Pembonceng akan memecah cermin dan meragut beg tangan yang diletakkan diatas kerusi penumpang hadapan manakala si penunggang akan bersiap sedia memecut. Modus operandi mereka rasanya ramai yang sudah tahu malah ada yang sempat merakam dan upload kat YouTube.
Harus diingat kadangkala kecelakaan seperti ini berlaku didorong oleh kecuaian kita sendiri. Oleh itu, pastikan langkah langkah yang selamat telah kita lakukan bagi mengurangkan kebarangkalian kita menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
25 comments:
Ya. Aku akan ingat nasihat ni
thanks for reminder. saya memang paranoid dgn motorcyclist, tambah2 bila jem atau masa tengah tunggu kat traffic light. bukan bersangka buruk, tapi hati2. handbag letak kat kaki. barang lain sumbat dalam bonet. kalau agak2 ada motor macam mengikut je masa tengah drive, saya akan pecut atau slowkan kereta mendadak supaya motor tu terlepas.
paranoid kan? but better paranoid than sorry.
perempuan kena hati2.
nak tanya. lokasi awk tgk tu, seksyen 16 pj ke..? saja je tanya.. hehe..
scary but it is a fact tho.
keepvid youtube downloads
keepvid download mp4
@ha md : yg berlaku dpn mata di bangi. yg youtube x igt plk kt mana
hello
salam kenal ya :-)
perkongsi yg bermanfaat
sentiasa berwaspada kan..jenayah ada di mana2
bagus tipsnya.. sbgai langkah berjaga kan
den pun selalu gak ingatkan isteri den pasal benda2 macam nih , harap dijauhkan lah perkara2 tak elok nih...amin...
Eeehhh kat trafic light pown ada kes....dalam org ramai ramai tu....bahayanya....thanks for the tips....rietta nie pown jenis yg mls buka boot...biasa semua barang masuk kat dalam....termasuk beg...lepas nie harus ht ht...takut pula rasanya...
Pss...haah, product bru rasanya, sebab itu diberi free sample barang kali...
Betul tu, mmg tak akn letak ler apa2 kat passenger seat, n kebetulan ai mmg tak suka carry handbag, prefer wallet yg letak dlm poket jer, heheh...
smoga kita semua terhindar dari menjadi mangsa ragut..
manusia semakin berani buat jahat sekarang ni even terang2 depan orang.
hanya berserah pada Allah...
errmmm
minta jauh..
Tiada tempat dan ketika yang selamat...harus sentiasa berhati2 dan jangan ambil mudah.
WASPADA SELALU WALAU DIMANA KITA BERADA...
Membaca ini buat kakak takut. Sekarang di negara kita mana-mana pun tak selamat. Kena waspada selalu.
Pernah jadi pada kawan munna.... Sejuk tu mmg hati2 ... Kak munna letak handbag kat boneka kereta skrg ni.....
betul tu bro..kekejaman penjenayah sekarang sukar di duga...lebih baik kita amik langkah berhari hati...
Regards,
-Strider-
malang sungguh
apa pun minta dijauhkan allah dari kejadian begini
Silahkan singgah di WEB kita kakak :-)
buat anak-anak kakak yang mau belajar
https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT
ada pengalaman tengok dengan mata sendiri, memang terkesan lebih la. selagi x kena, payah nak merasa seriknya...moga berhati2 la suma. yg laki pun x terkecuali jd sasaran, mungkin cara yg berbeza akan digunakan
Aku rasa cara kau drive ni membahayakan rider mcm aku..dgn cara letak hand bag kat kaki dgn bonet tu dh ok.tapi slow dgn pecut secara mendadak tu aku tak galakkan sama sekali.
Post a Comment