ADVERTHOLOGY
Monday, January 6, 2014
mengurangkan bebanan tunai ketika membeli rumah
Sudah pasti ramai yang pening kepala memikirkan bagaimana untuk mengumpul duit sebagai persediaan untuk membeli rumah. Dengan harga rumah yang berterusan naik setiap tahun, serta kesukaran pihak bank memberi pinjaman perumahan 100%.
Katakanlah harga rumah yang ingin dibeli ialah RM300k, normally bank akan memberikan pinjaman 90% sahaja dari harga rumah, itupun bergantung kepada kelayakan pembeli. 10% lagi iaitu RM30k perlu disediakan oleh pembeli sebagai downpayment. Memang benar pengeluaran KWSP boleh dikeluarkan untuk pembeli rumah pertama tetapi berapa kerat sangat daripada kita yang mempunyai simpanan sebanyak itu di dalam akaun 2 KWSP nya? Itu belum dikira lagi dengan cash yang diperlukan apabila rumah sudah siap.
Pengalaman saya ketika membeli rumah baru baru ini mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. Mungkin sudah lama dipraktikkan tetapi tak salah saya kongsikan di sini.
Ianya memerlukan persetujuan dan persefahaman antara pembeli, sales person pemaju dan sales person bank. Sebab itu kita selalu perasan bahawa sales person pemaju ni dah ada sales person bank pilihan mereka sendiri. Just bagi dokumen, yang lain lain mereka uruskan.
Katakanlah harga rumah RM300k, sales person pemaju akan tulis dalam surat booking bahawa harga rumah ialah RM315k untuk tujuan financing application. Normally boleh mark up dalam 5% sahaja. So, bila bank approve 90% pembiayaan rumah. Sebenarnya bagi pembeli, jumlah pembiayaan yang lulus tersebut sudah boleh cover 95% dari harga asal rumah. So pembeli hanya perlu cari 15k sahaja lagi sebagai bayaran downpayment. Dapat jimat separuh dari yang sepatutnya. Dan apabila S&P agreement dikeluarkan, harga rumah yang dinyatakan kembali kepada harga asal iaitu RM300k di mana 15k yang ditambah dalam surat booking sebelum ini dianggap sebagai diskaun telah diberikan oleh pemaju.
Tetapi macam yang saya cakap awal awal tadi. Pembeli, sales person pemaju dan bank kena 'kaw tim' sama sama. Selalunya tiada masalah kerana masing masing ada kepentingan. Pembeli nak beli rumah, sales person pemaju dan bank nak kejar target dan commision.
So, selamat berunding :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
dekat bangi pun rumah semakin mahal
rumah apartment dah berjuta juta hinggit
sian pada kami yang gaji kocik ni
owh...boleh buat macam tu eh..ilmu yang berguna nanti kalau aku nak beli rumah nie...hehehe
Regards,
-Strider-
sekarang aku tak fikir lg pasal rumah..just beli aset keta, motor ngan emas je dulu..beli rumah tu rasa macam nak kena wat join income ngan wife.
tak payah pening kompol duit susah2 beli rumah... kawin janda jaya je...
hehe
oo..boleh buat sbg diskaun eh..? mm ok juga idea tu.. sbb sy mark up smpi 10%
sy beli rumah 2nd..mcm rumit sgt.. tmbh lak umah tu leasehold.. lagiiiiiiii la payah.. amik masa 6-9bulan dia punye proses.. klu freehold, lbh kurang 3bln je.. tuan umh ni lak spesis, "hentam je la".. adoila...
wah, bestnya dapat beli rumah dah..
oo, begitu ye. ilmu ni, ilmu =)
Owh.bagus2.kreta lak? Kalau ikut gaji kreta apa yg mampu?
Post a Comment