ADVERTHOLOGY
Thursday, March 6, 2014
menariknya iklan pada pandangan baby aina
Agak ketara sebenarnya, malahan sudah lama disedari cuma sebelum sebelum ini saya tak ambil 'port' sangat sehinggalah ianya berlaku kepada baby aina.
Mengenai kecenderungan minat baby seusia aina menonton iklan. Saya rasa perlu ada kajian mengenai mengapa kanak kanak kecil ini sangat tertarik dengan iklan televisyen. Nak dikatakan iklan itu sangat interaktif, ceria dan 'colourful', tidak juga. Kerana semua iklan dia duk ralit tengok. Daripada iklan ubat gigi, iklan jual minyak, iklan panadol, iklan suh bayar hutang PTPTN dan sampaikan iklan khidmat masyarakat SPRM yang suram dan penuh penyesalan tu pun boleh buat dia kusyuk tengok.
Mujur jugak stesen tv kita suka tayang iklan. Ada gak cara nak bagi kanak kanak kecil ni duk diam. Tapi kalau diajak tengok bola memang 'masak' lah. Mahunya bersabar 45 minit sebelum dapat tengok iklan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
22 comments:
bila dah biasa tengok Astro, tengok tv biasa dah membebel. byk nya iklan. haha.
cuba pasang discovery channel ke animal planet ke.. mesti lagi bes.. sbb ada pergerakan..
kalau tengok bola, bagi game yang malaysia lawan. kadang2 tu lagi colorful daripada iklan. hehehee... hampir semua budak memang suka iklan bro.
mungkin sebab sifat iklan tu yg dihasilkan untuk menarik perhatian pancaindera kud..
faktor warna warni kat tv tu menarik perhatian anak kot
mungkin besar nanti dia nak bukak company advertising kot..so jadi kecik dia kumpul idea dulu..hehehe
Regards,
-Strider-
bro, nanti dapat baby lelaki boleh la ajak teman tengok bola..ada geng..hehe
Yang saya perasan... kalau iklan volume tv itu macam besar sikit ... dan menarik minat kanak2.
mungkin aksi dalam iklan itu agak ketara peelnya kot
perasan juga...tengok anak kakak, anak sepupu..yang kecil2 ni la. memang kalau iklan je dorang terdiam dan fokus....habis iklan melasak balik. huhuhu.
mungkin iklan ni berulang2.. bila diorang tengok, diorg seronok sbb diorang dah tahu apa akan jadi next..
kat rumah saya, mak saya ada mengasuh budak. budak2 tu suka jugak tengok iklan. smpai dah boleh hafal skrip iklan. pastu bila main diorg ajuk iklan tu..
teori saya la.. heheh
ha bila time iklan sound mesti tetiba jadi kuat. selalu terkejut T___T
kekekeke..
comei?
mgkin sbb sesi iklan berubah2..tu jadi menarik tuu..
kalau tgk bola, statik yg ituuuu je 45 minit..hhehehe
nasib baik tv kat malaysia tak tayangkan iklan yang melampau.. bahaya juga untuk tontonan bayi dan kanak-kanak.. sebab mereka akan belajar melalui pemerhatian juga..
Opss... klu setakat dia suka tengok iklan baby jer mungkin la ni... ini sampai melarat iklan SPRM dan PTPTN tu pelik juga kan?
ahah..nnti dah besar boring la tu tgok iklan..hehe..sbb kecik2 dah sokmo tgk..eh.?ehe
mungkin iklan tu balik balik dah dia tengok. maybe sifat ingin tengok ulang ulang tu yang membuak buak. *ceh ayat aku sedikit power hehe
Aku rasa sbb bunyi iklan yg kuat dan lebih gerakan..
sebab simple, menarik dan pelbagai mungkin. kalau tngk citer, mende sama je keluar. tu budak jadi bosan...
sebab iklan pendek je...
senang nak faham
:)
sedang membayangkan baby aina gelisah hadap bola waktu chelsea tengah main.. hehehe..
ank sdara sy pun suka tgk iklan.. paling dia suka tgk iklan ada makan2.. siap dia ckp nak nakkk ^^
Post a Comment