ADVERTHOLOGY

Friday, March 14, 2014

meng'adjust' waktu tidur anda





Sudah tentu saya yang perlu meng'adjust' waktu tidur saya mengikut waktu baby aina tidur dan bukannya baby aina yang perlu mengikut waktu saya tidur. Never.

Pada mulanya agak sukar kerana saya bukanlah jenis yang tidur awal. Normally jam 11:30 malam barulah saya masuk tidur. Tetapi masalah bagi diri saya untuk tidur dengan berkualiti apabila baby aina yang tidur pukul 10:00 malam mula merengek pada pukul 12:30 tengah malam, pada ketika nikmat tidur itu baru ingin dirasai oleh saya. Itu yang berlaku pada awalnya. Kurang tidur dan tidur tidak berkualiti.

Maka, saya mengambil keputusan untuk turut tidur setiap kali baby aina mahu tidur. Kalau pukul 9:00 dia tidur, pukul 9:00 jugaklah saya join dia tidur. Dalam keadaan kesihatannya yang baik, baby aina boleh tidur nyenyak sehingga 5 ke 6 jam kecualilah jika dia demam, batuk atau selsema di mana akan berbunyilah 'alarm semulajadi' di setiap 2 atau 3 jam.

Walaupun pada mulanya agak sukar menyesuaikan diri tetapi 'alah bisa tegal biasa'. Dan saya rasa masalah kekurangan tidur dapat diatasi sedikit. Ya 'sedikit' tetapi itu sudah memadai kerana kata orang,

"Nikmat tidur yang nyenyak itu sudah tiada ketika baby kesayangan kita dilahirkan sehinggalah dia berumur 2 tahun nanti"

Yang masih bujang bujang tu confirm tak percaya statement diatas ni kan. Takpe, tunggu dah ada anak nanti, anda akan percaya. Hehehehe.


26 comments:

Unknown said...

huhu...sabar la..dulu2 mase belum kawen selalu tgok akak2 ofis asyik tido je kat ofis kalau ade baby..dtg keje semua mata cam panda..huhuhu...harap dapat adjust mase tidur time baby keluar nanti..

Time Traveller said...

Nikmat tidur terganggu tapi nikmat mempunyai baby itu lebih besar :D

Unknown said...

sy bujang. pernah gak culik anak kakak usia 1 tahun, bawa tdo sekali. time perut dia meragam ntahlah taktau mkn apa, belum pukul 1pagi dah menangis. Terus turun tingkat bawah, bilik mak, hantar... kekeke..

sbb sgt mengantuk gila masatu.. tp mmg tak senonoh je rasa.. hehe

dilabangiWORLD said...

tu cabaran namanya kan :-)
selamat menempuhi dunia tidur mu yang berbeda
hehehe....

ellynadyra said...

eh sampai 2 tahun ke?
sure???????????
hahahahha
ko tgk la sendiri nanti nyenyak tak ko tido lepas dia 2 tahun
kakakakakakkakaka
enjoy la moment2 bersama baby aina tu ye!

ewanthology said...

@Ha Md : memang tak senonoh..huhu

@elly nadyra : alamak, lepas 2 tahun pun tak reti nak tido malam ke? hehehe masakkkk

Azlan Strider said...

agaknya kalau aku ada anak cammana laa rupanya..mesti aku juga kena ikut waktu tidur dia..hehe

Regards,
-Strider-

Hans Hanis said...

percaya2

||aLeaSaRa|| said...

assalamualaikum :-)
wow....tahniah! mesti wife bangga dpt husband macam admin. betul masa bujang bolehlah nk bangun tido tengahari. dah kawin n dpt baby,masa baby tido kita pun kena tido. masa baby dah bangun kita pun sibuk nk uruskan dia.
tahun pertama mata lebam....panda pun terkejut tengok kita agaknya he3....

Ayu said...

hehe...dugaan... :) alhamdulillah my son follow routine yang sy buat utk dia since dia baby.syukur sgt2.
3bulan pertama je,jadi mata panda, tersengguk2 kat ofis, hihi.lepas tu,syukurrr.

caliph shuriken said...

mata panda still ok.. jgn jadi panda sudah, hikk...

Unknown said...

okayy saya paham statement di atas , walaupun saya masih bujang hehehe

Ujie Othman said...

Kiranya awak yg berjaga...untung la wife! :)

ewanthology said...

@ujie : klu baby dah nangis, confirm dua dua terjaga :-)

Bunda_nora said...

Ada baby biasalah tu...kita yang kene pandai adjust jadual tidur....

apa baby aina pandang tu...


#doauntukmh370 :(

JR said...

Masa anak2 masih kecil dulu saya dan isteri buat perjanjian tak bertulis urusan buat susu dan salin lampin bayi adalah tugas saya sebagai suami. Berbanding dengan tugas mengandung 9 bulan dan saat getir melahirkan anak, saya rasa tugas bangun 2-3 kali waktu malam atau bangun 7-8 kali bila anak kurang sihat masih tak menyamai dengan pengorbanan seorang isteri....

JR said...

Masa anak2 masih kecil dulu saya dan isteri buat perjanjian tak bertulis urusan buat susu dan salin lampin bayi adalah tugas saya sebagai suami. Berbanding dengan tugas mengandung 9 bulan dan saat getir melahirkan anak, saya rasa tugas bangun 2-3 kali waktu malam atau bangun 7-8 kali bila anak kurang sihat masih tak menyamai dengan pengorbanan seorang isteri....

t.a.t.a said...

Ha Md, kau sama macam aku dulu. Bila budak tidur dengan aku secara automatik aku tidur tak lena. Sebab aku takut dia tak lena, maka aku pastikan dia mesti lena. Kau bayangkan kalau dia berkalih sikit aje, mata aku terus celik. Toleh sebelah tengok dia, takut kalau tidur dia terganggu.

Tapi tengok ok je pun. Tidur aku yang tak tenang. Hahahaha. Tapi sekarang Budak Gundut pun dah tak tidur dengan aku. Dengan mama babah dia pun jarang sangat. Dia lebih suka lepak bilik nenek dia.

aizamia3 said...

perkara yang normal bila ada anak kecik..
setiap anak lain ragamnya.. ;)
macam dak Nuha bila dia tak sihat dia hanya nak dengan babah dia je.. ;)

Anonymous said...

Hehehe..nnt adjust utk piala dunia pula ea.

Nong Andy said...

Hahahah.

Anehnya ... secara semula jadi kita .. ibu bapa
Dapat juga adjust... alah bisa tegal biasa.

Mula2 ada baby dulu bos saya ada kata

" ok tak tidur malam" dengan senyuman penuh makna.. ahahah. Sebab dia dah rasa n tahu .. dah alami..

Unknown said...

itulah yg slalu dk gtau kt suami
standby..ehehe

Zaza Iman said...

hehehe...tp bila ada anak2 ni seronok wlupun tpaksa bjaga malam.. :)

reenapple said...

Ya, aku memang tak faham. Tunggu aku alami lah dulu.

Bitt (doubeIS) said...

itulah cara paling berkesan ;)

APAN said...

setakat ni, belajar drpd pemerhatian je la...tngk abg2 kat umah...alhamdulillah, dorang masih tabah. haha...