ADVERTHOLOGY

Monday, March 23, 2015

dream should be achievable......and rational


Kadang kadang saya agak keliru dan tertanya tanya apabila terbaca mengenai artikel artikel di media sosial mengenai anak muda yang sudah mampu memiliki rumah sendiri walaupun baru tak sampai setahun bekerja. 

Katakanlah purata harga rumah sekarang ni ialah RM350k. Makanya, Sekurang kurangnya RM35k diperlukan untuk bayaran deposit 10% rumah tersebut. Makanya lagi, mereka perlu menyimpan lebih kurang RM3k sebulan selama setahun untuk dapatkan RM35k. Itu kalau setahun lah, ini cerita tak sampai setahun dah beli rumah.

Melainkan ada 'financial injection' dari keluarga. Mungkin agak relevan ceritanya.

Ok, bersangka baik, budak budak fresh graduate ni gajinya RM30k sebulan agaknya. Kalau setakat gaji macam saya ni, setahun baru dapat beli moto kriss je.

Mungkin juga cerita tersebut sekadar rekaan untuk men'justifikasi'kan dan mensensasikan pekerjaan yang mereka sedang lakukan ketika ini untuk mempengaruhi manusia lain yang membaca artikel tersebut untuk menyertai bidang pekerjaan yang sedang mereka usahakan. Selalunya diwar warkan oleh pendokong MLM, gold bar dan mungkin juga penjual insuran.

Jika benar baguslah kerana akhirnya cara mudah untuk berjaya sudah dijumpai. Jika sebaliknya, pastilah yang terpengaruh akan terus terpedaya dengan kata kata manis dan janji janji kosong.


ps : Cuba tanya kawan anda yang baru 3,4 bulan masuk kerja dan sudah pakai kereta, bagaimana dia mampu membeli kereta tersebut? Mostly akan jawab itu kereta keluarga. Ataupun dia jawab 'mak bapak aku yang belikan ni, aku sambung bayar bulanan je'.... well, sekurang kurangnya jawapan tu masuk akal :-)

14 comments:

Unknown said...

klu mkn gaji mmg susah la . ada kwn my anak buah , baru pra u masa tu , dia jual product di internet . dlm sebln dia dpt utg rm 30k . pas tu trus berhenti belajar . now da ada office sendiri di bangi n usah mencapai thp usahawan ... x de yg mustahil sebenarnya ...

Unknown said...

err..wan.
tak semestinya dia beli guna duit family dia. sbb saya beli guna duit sendiri. deposit duit sendiri lepas 4 bulan kerja. by the way, saving bukanlah bermula dari alam kerjaya. awal dari itu.

Tie HT said...

lbih kepada kata-kata manis aje kan..

Dr K said...

Jom la join bro..

Lepas 6 bulan, penuh buku ASB kau bro!

Lepas 8 bulan, kau boleh posing depan RR Evoque!

hahahahahaha..

nae nematoda said...

yang pernah dengar 'mak bapak aku yang belikan ni, aku sambung bayar bulanan je '...yang tu selalu dengar la

hanaahmad said...

ya, pernah juga tertanya-tanya. saya yang sudah bekerja hampir 5 tahun pun masih belum mampu nak miliki sebuah rumah. deposit saja sudah bikin sesak nafas.

aswadz said...

biasa la tu bro. dah byk gak aku dok baca konon2 dgn join bisnes sekian2, bdk ni siap dpt beli ferrari bla3... tp aku takat baca la. nak tertipu tu x la.

afzalsukasuki said...

aku stuju dgn istilah menjustifikasikan dan mensensasikan pekerjaan yang dia buat sekarang. Selalunya kerja seumpama ini pada awalnya bertemu di kedai kopi sambil berlatarbelakangkan kereta2 mewah.

ehh??

Kakzakie Purvit said...

Ada cara utk anak kita pula dik sebab akak dah buat utk anak-anak kakak sekarang. Bukan insuran bukan apa tapi tabungan. Sebaik lahir aje anak kita dpt duit dari sesiapa utknya jgn gunakan tapi terus masukkan bank. Jika dia ada income seperti royalti mengaji (macam anak-anak kakak) jgn gunakan. Cuba kira jgn kira banyak let say 3k setahun bila usia 18 tahun 54k - masuk U dah tak payah pinjam PTPTN. Mula kerja dah boleh kereta memurah. kakak dah buat - ikutlah kalau nak.

Shahrul Yusof said...

Ekspektasi masyarakat kita terhadap kejayaan kerjaya dan pemakaian kereta ni kadang-kadang tak realistik. Kebanyakan kita anggap, pakai kereta tu tanda kejayaan. Ramai yang muda-muda baru masuk kerja tu pakai kereta pun pinjam family je. Takpun, berani buat loan.

Kawan aku kerja lecturer UiTM rilek je setahun dua kayuh basikal sebab tak nak buat loan dan nak beli kereta secara cash. Alhamdulillah, sekarang berjaya jugak hasrat dia. Tak kisah la Saga FLX sekalipun, janji bebas hutang.

eita said...

buat keje part time kot ...tu yang banyak sangat menabung....


abang saya menabung kat 10 tahun nak beli mazda high 5...tu pun dapat yang 2ndhand je....walaupun gaji mencecah 20k

MizzTina said...

xtau nk komen bab tu.. tp mmg selalu dgr parents belikan dia byr monthly je..

Mrs. A said...

Hidup biarlah realistik.

Chot said...

kalau citer gebang sbb nk promot bisnes tipu2 tu mgkin la dgr agak x realistik..tp....
mmg bkn lah mustahil boleh beli rumah walopun baru krja..stuju dgn kak.zakie. ade care dia tuh