ADVERTHOLOGY

Wednesday, March 25, 2015

yang penting ikhlas


Kebelakangan ini terlihat lagi perkongsian di Facebook mengenai kisah duit RM1 yang lebih banyak dimasukkan (baca:sedekah) di tabung tabung masjid dan surau berbanding duit RM50 yang lebih banyak dibelanjakan di shopping complex.

Pada pendapat saya, berapa banyak yang disedekahkan bukanlah satu isu. Yang penting adalah niat dan keikhlasan. Biar lah sedikit asalkan ikhlas. InsyaAllah, besar ganjarannya. Kalau sedekah dengan niat hendak menunjuk nunjuk sehingga menimbulkan perasaan riak pun tak guna juga. Banyak mana yg disedekahkan pun belum tentu ganjarannya juga banyak kerana niatnya sudah terpesong.

Katakanlah, seorang hamba Allah itu bersedekah RM1 setiap kali bersolat jumaat di masjid. Dalam sebulan, setahun, banyak juga yang telah disedekahkan.

Dan mereka mereka yang berkongsi artikel di facebook tu pulak dah banyak sangat ke menderma atau bersedekah?

Atau mungkin soalan yang paling sesuai ialah 'bila kali terakhir mereka bersedekah?'


15 comments:

Nizam.Ariff said...

Soalan anda memang tepat...

MizzTina said...

yup, yg penting niat n iklasnya dlm bersedekah..

diorg sedekah melalui share kt fb tu je la kot

Zaza Abdul Latif said...

setuju!
niat ikhlas kerana Allah Ta'la..

JR said...

Pernah dengar pesan seorang hartawan, katanya untuk Allah murahkan rezeki kita, bila nak bersedekah di masjid sedekahkanlah kepingan wang kertas yang paling tinggi nilainya yang berada dalam dompet pada hari itu. Contohnya jika dalam dompet kita sebelum ke masjid mempunyai beberapa keping note RM1, RM5, RM10 dan RM50, sedekahkahkanlah RM50 untuk tabung masjid itu...

Ujie Othman said...

setuju, bkn nilai duit yg perlu dijadikan isu.

mungkin niat penulis tu nak minta kita sedekah byk lagi, cuma salah cara tulis.

tasekM said...

aku setuju.
yg ptg ikhlas.

mgkn yg yg masuk seringgit di tabung tu dlm masa sama masukkn 50 guna cash deposit machine.
sedekah yg hanya Allah sahaja yg tahu...


.

aizamia3 said...

Hanya DIA yang mengetahui.. ;)

aizamia3 said...

Hanya DIA yang mengetahui.. ;)

Dr K said...

saya pun pelik, kenapa perlu di highlightkan isu RM1 tu...

bersangka baik lah..
Mungkin:

- org tu setiap waktu solat di masjid, dan setiap waktu dia derma RM1.

atau

- ada org derma RM10, tapi guna wang RM1 sebanyak 10 keping

fatin said...

asalkan ikhlas.. ALLAH lebih mengerti dari mata-mata manusia yg suka menilai sgt ni..

Unknown said...

tu lah kan ... lbh baik tanya diri sendiri byk mana dah rm yg dah disedekahkan ...

aswadz said...

share artikel mgkn lg mudah dr menghulur duit walaupun rm1 ke tabung masjid...

Kakzakie Purvit said...

Apa yg paling utama bila tangan kanan menghulur jgn sampai tangan kiri tahu. jumlah sikit atau banyak ukurannya Allah saja yg tahu. banyak memberi lebih banyak dimanfaatkan/disalurkan. detik hati yg ujub tidak mudah hilang kerana syaitan memang sentiasa menggoda anak-cucu adam.. kena istiqomah.

Mrs. A said...

Niat sedekah biarlah ikhlas kerana Allah. Berapa banyak janganlah dijadikan isu dan persoalkan. Kita bersedekah pun sekadar termampu bukan nak ikut-ikut orang ataupun nak menunjuk-nunjuk. Allah knows best.

DHAGI said...

Betul tu semuanya lillahi taala