ADVERTHOLOGY

Tuesday, February 23, 2016

nikmat yang manakah yang telah didustakan?



Di dalam sebuah majlis ilmu. Seorang ustaz memberi tazkirah perihal tanda tanda akhir zaman yang sudah semakin banyak timbulnya. Ustaz juga bercerita tentang satu kejadian bunyi yang sangat pelik dan menyeramkan yang datangnya dari langit tidak berapa lama dahulu. Bunyi tersebut boleh didengari sepanjang hampir 20 minit di beberapa tempat di seluruh dunia. Malahan ada yang sempat merakam bunyi menyeramkan tersebut dan rakaman tersebut boleh dilihat di youtube dan facebook.

Makanya ramailah yang memberi komen peringatan mengenai petanda petanda akhir zaman yang sudah kelihatan. Ada timbul perasaan panik, takut dan insaf mengenai amalan amalan seharian yang tidak seberapa untuk dijadikan bekalan untuk ke Sana.

Tapi, apa yang jadi selepas kejadian tersebut?

Ketakutan mereka hanyalah sementara.

Yang tak solat, tetap tak solat.
Yang tak membaca Al-Quran, tetap tak baca.
Yang tak menutup aurat, tetap tak tutup aurat.
Yang buat maksiat, tetap terus dengan perkara maksiatnya.

Maka, ketika ini nikmat yang manakah yang telah umat manusia dustakan?





10 comments:

Mrs. A said...

Lumrah sesetengah daripada manusia mudah lupa.
Semoga kita tidak tergolong dikalangan sesetengah yang mudah lupa itu.

Dr K said...

Sentiasa ingat masuk kubur.
Sentiasa ingat.
Masa driving.
Masa kat shopping complex.
Masa tengah malas sangat nak solat / baca quran.
Cubalah..
Bayangkan duduk sorang2 dlm kubur.

EH - Ekslamasi Holistik said...

Syukuri nikmat pemberian-Nya sebelum terlambat berguna tiada....

ma ❥ said...

kalau pada yang dah lupa tu adalah org terdekat kita maka kita ingatkan lah mereka. juga sentiasa berpesan2 kepada diri kita sendiri. semoga kita sentiasa berada dalam golongan2 mereka yang beriman.

uncle gedek said...

Dr Daddy punya komen tu deep!

Amir Syahir said...

terima kasih peringatan...hehe

Unknown said...

itulah realiti . selalu kenangkan kematian sendiri bila dgr khabar kematian org lain ...

Lya Amie said...

Takde sape boleh tolong untuk tingkatkan ketaqwaan sendiri, iman tak dapat diwarisi. Diri sendiri kena sentiasa mengingati mati.

ma ❥ said...

dimana entri baru hehe busy kee

ZULHILMI TEMPOYAK said...

:)