ADVERTHOLOGY

Friday, May 13, 2016

antara berbaloi dengan membazir



Kita ni kalau dah minat sesuatu perkara, pasti akan berusaha bersungguh sungguh untuk mendapatkannya. Duit selalunya bukanlah penghalang kepada segala galanya.

Orang yang minat motor dan kereta pasti tidak rasa membazir jika wang yang dikumpul digunakan untuk membeli model kenderaan kegemaran mereka. Tengah musim orang pakai motor besar sekarang ni. Helmet pun gempak gempak. Walaupun mahal tapi takpe, kumpul duit dulu.... dah cukup terus beli.

Kaki pancing takkan rasa membazir membeli joran yang adakalanya mencecah harga ribuan ringgit demi hobi memancing mereka. Saya pun baru tahu ada macam macam jenis joran dan harganya boleh tahan jugak la apabila masuk kedai pancing menemani kawan saya survey harga joran.

Raket badminton pun ada yang mahal dan pelbagai jenis jenama. Tetapi kalau dah minat memang takkan ada masalah untuk kumpul duit beli raket yang 'sedap' digunakan.

Yang minat menghias rumah, tak kisah jika wang dibelanjakan untuk barang hiasan rumah. Asalkan puas hati. Rumah nampak cantik dan selesa.

Kaki bola pastinya kumpul duit untuk beli kasut bola idaman dan terkini. Nak beli jersi original pasukan bolasepak yang mereka sokong. Sekurang kurangnya kena ada satu yang original.

Yang minat fotografi jangan cakaplah. Kamera DSLR boleh tahan juga harganya. Demi minat, belilah jugak. Yang jenis rajin dan ada masa terlebih boleh buat part-time photographer kenduri kawen.

Pendek cerita,

Kalau dah minat memang takkan ada istilah membazir dalam setiap usaha yang dilakukan kearah memenuhi minat yang mendalam dalam sesuatu perkara. Makanya tidak perlulah sesetengah pihak melabel pihak yang lain sebagai membazir apabila mereka menghabiskan kebanyakkan masa, tenaga dan wang mereka atas perkara yang mereka minati.

So, jangan bagi alasan takde duit sangat lah. Kalau dah beria-ia nakkan sesuatu pasti ada jalannya.




ps : makna kata kalau awek ajak pakwe kawen dan pakwe kata, "nanti dulu, takde duit" .... maknanya apa?? ehhhhh ke situ pulak.




9 comments:

Bunda_nora said...

Yang last tu..samaada ada benda atau impian yang masih belum terlaksana atau memang belum bersedia untuk berumah tangga...

Ujie Othman said...

Setuju! Mcm saya pnh langgan setem dari Filateli Malaysia...ada yg ckp membazir je langgan setem? Nk buat camne, dah kita rasa bahagia tenung setem tu kan..hehee

Nick Nashram said...

Kalo aku minat make up keta je..kadang-kadang tu sanggup habis duit ratus2 semata2 nak bagi nampak keta smart..hehe

ma ❥ said...

betul sgt. part last pn betul sgt. kalau kata pakwe kata nak dia mesti usaha kan letak ajer tarikh bukan kata tgu ada duit..huhu

Ayuni said...

haah, disebabkan minat tgk drama korea sanggup langgan pakej online....

Encik Suami said...

perenggan akhir mmg mcm ada makne.eh..tetibe.

aizamia3 said...

Betul tu, biarlah orang nak kata apa janji hati puas.. ;)

fadh leyanie said...

Sblm sempat baca PS dah dapat agak dah metaphoranya mesti ada kaitan manusia

fatin said...

mase sale especially, selalu terfikir antara berbaloi @ pembaziran..
cth, item sebuah harga rmX, tp if beli byk RMxx (LEBIH MURAH)

kdg sebab congak rase jatuh satu item tu jadi murah, grab jer.. but sometimes, not all offers kita kena grab!

tak gitu?