ADVERTHOLOGY

Monday, October 30, 2017

Kembali ke alam kanak kanak


Sabtu lepas saya bawa Aina tengok movie untuk kali pertama dalam hidup Aina. 'First of the many', mungkin. Yang dah lama mengikuti blog saya ni mungkin tahu siapa Aina.

Yup, my little 4 years old daughter.

Kami menonton di TGV DPULZE Cyberjaya. Orang kata tak ramai yang layan movie di situ tetapi masa saya beli tiket tu dapat row ke-3 dari depan (Row C). Yelah tu tak ramai !

Mula mula masuk cinema tu dia takut takut la jugak sebab kali pertama kan. Keadaan yang gelap dan bunyi yang agak kuat dari kebiasaan. Sampai tutup telinga la Aina, sambal merengek nak keluar.

Lepas dipujuk pujuk dia nampak tenang dan apabila movie kegemaran dia dah mula, lama kelamaan dia selesa dan mula teruja dan mula gelak sakan dan mula tak reti duduk diam. Maklumlah ambil yang family friendly. Ada je kanak kanak seusia Aina yang duk berlari lari dalam tu. Mujur dia tak join.

Movie yang Aina tengok dan saya terpaksa join tengok ialah 'My Little Pony'.

So, bahagian mana dalam cerita tu yang korang tak faham??





5 comments:

Anonymous said...

first of many?

huhu.

aizamia3 said...

Belum cuba bawa dak Nuha tengok movie yang pawagam mesra kanak-kanak sebab ibunya nak rileks tenang menonton tanpa gangguan walau tengok filem kanak-kanak.. ekekeke..

Nizam.Ariff said...

Semasa anak kecik dlm umur baya2 Aina tu, aku tak tonton wayang. Takut ganggu orang. Aku beli n tonton vcd haram je...hahaha

Etuza said...

menarik kat sana kan..BW ya

mamapp said...

Cantik tempatnya