ADVERTHOLOGY

Wednesday, November 1, 2017

LONE PINE HOTEL, PENANG 2017


Lone Pine Hotel ni terletak di area Batu Feringghi. Simpang masuk ke Hotel ini ialah permulaan kepada kawasan penjaja (macam uptown) yang buka setiap malam. Macam macam kedai ada. Dari yang jual baju, cenderahati sampailah ke kedai makan Arab, Western dan Tomyam. So kalau bab nak lepak malam malam boleh jalan kaki keluar dari hotel ke pusat penjaja ni. Malam malam memang happening.


morning view dari balkoni hotel
View kat dalam hotel ni pun cantik. Redup sebab banyak pokok ditambah pula angin pantai disebelahnya. Memang syok terutamanya bila pusing pusing kawasan hotel tu di waktu petang.


Para-sailing adalah aktiviti popular di pantai Batu Feringghi selain daripada Jet Ski. Alang alang dah sampai kena cubalah aktiviti ni. Cumanya kena hati hati juga dengan brader yang arrange para-sailing ni. Awal awal borak dia bukak harga sampai RM800 seorang. Gila apa !!! Mujur dah pernah terbaca pasal aktiviti ni yang pakej nya dalam range RM150 sahaja. Sembang punya sembang dapatlah harga RM150 tu. Mahal atau murah harga tu entahlah. Anyway, puas hati jugaklah dalam 5-7 minit menikmati pemandangan Pantai Batu Feringghi dari atas.

Ada kolam diantara restoran dan kawasan penginapan tetapi Aina rileks je tak hairan. Mungkin sebab sehari sebelum tu dah puas berendam kat private pool Lexis.

Restoran dan makanannya pun OK. Restoran bersebelahan sahaja dengan pantai. Maka, sambil makan tu boleh feel angin pantai dan boleh dengar deruan ombak sambal burung burung berkicauan gituuu. Pilihan makanan semasa breakfast pun banyak dan sedap.

Pada pendapat saya, antara hotel yang sesuai untuk stay dan release tension sebab view serta keadaan sekitar memang sangat nyaman dan sunyi. Nak buat aktiviti pantai pun dekat cuma jalan kaki sahaja.





5 comments:

Anonymous said...

cantiknya tengok pemandangan dan hammock buat saya rasa bestnya dpt lena kat situ.

ewanthology said...

@rapunzel cikilolo : ajaklah cik abang sekali sekala bercuti ke penang... x pun DIY pun boleh hammock tu..kena cari pokok yg sesuai la..hehe

raihanah said...

cantik tempatnya, sesekali boleh recharge tempat camni

Mrs. A said...

Agaknya nama hotel sempena pokok pine yang banyak tu kot.

Apa RM800!? itu untuk foreigner bolehlah kot, kalau local memang tak yah arrr... RM150 ok la...

Etuza said...

bestnya jika dapat ke penang