Bising pula sejak kebelakangan ini pasal dividen Tabung Haji. Dah diberi tak cukup pula. Resmi manusia memang tak pernah merasa cukup agaknya.
Benda ni mudah sahaja. Kalau rasa menyimpan di Tabung Haji tidak menguntungkan, maka simpanlah di mana mana di tempat lain yang dirasakan lebih menguntungkan. Tabung Haji pun tak paksa kita menyimpan dengannya.
Pilihan ditangan sendiri.
Pung Pang Pung Pang kat media sosial bukan dapat apa pun.
6 comments:
ya.
nasihat tu nampak kasar bahasa nya tapi sesuai juga dengan kekasaran orang yang mengeluh tu kan?
tak boleh salahkan penyimpan juga sebab tabung haji patutnya kena umum awal jika ada perubahan pada cara kiraan hibahnya...
akhirnya, alhamdulillah kembali kepada pengiraan cara tahun sebelumnya :)
hahahaha.. nk untung melabur, melabur la kat tempat yang betul.. ni nama pun "tabung" haji..
@Hans : kiraan seperti itu dah bertahun digunakan. dan issue yg berlegar pasal kiraan ni tahun depan akan panas semula (kitar semula di whatsapp dan fb)... sekarang dah sejuk :-)
yups...kiraan yang lama tu memang bertahun digunakan tetapi kiraan tu yang lebih menguntungkan kepada penyimpan sebenarnya.
kalau ikutkan pun, tabung haji memang berhak ubah cara kiraan hibah tetapi pendeposit pun ada hak untuk dimaklumkan juga jika ada perubahan dari segi kiraan hibah lebih awal sebab selain menyimpan untuk menunaikan haji memang misi tabung haji pun untuk menambah dan meningkatkan kekayaan pendeposit, bukan semata-mata untuk menunaikan haji jer.
jadi, dari satu segi tak dapat nak salahkan pendeposit yang merungut sebab dah memang salah satu misi tabung haji meningkatkan kekayaan pendeposit mereka :)
itulah yg saya maksudkan.. sekadar merungut je lah... tiada yg berubah, teruskan merungut :-)
tahun depan issue akan dikitar semula :-)
Post a Comment