ADVERTHOLOGY

Monday, February 19, 2018

panggilan pulau


Sudah menjadi kebiasaan setiap tahun akan ada 'stay-cation' untuk keluarga kecil saya. Tidak lama, Mandatory Leave 5 hari dicampur dengan Sabtu Ahad dapatlah 7 hari. Cuti lama lama nanti majikan suruh cuti terussss pulakk.


Jika tahun lepas hampir seminggu pusing pusing Pulau Pinang, dua tahun sebelumnya pula jalan jalan dari JPO - Legoland - Hello Kitty Town - Danga Bay - JB. Tahun ini perancangannya mahu ke Pulau pula. Pulau apa masih belum tahu lagi. Masih dalam proses google sana google sini. Cuma setakat ini Pulau Perhentian dan Pulau Redang antara pilihan utama. Nak merasai bayu laut china selatan.


Lagipun kali terakhir pergi pulau ialah ketika bulan madu di Krabi pada tahun 2012. Lama dah tu.


Kalau backpacker bujang bujangan mungkin mudah nak ke sana sini. Boleh main redah je. Tetapi memandangkan saya akan pergi bersama keluarga dengan anak kecil berusia 4 tahun setengah, budak kecil yang pastinya cepat penat dan moodnya berubah ubah, mungkin terkesan dengan perjalanan kereta/bot yang mangambil masa dan boleh tantrum bila bila masa, makanya perancangan demi kelancaran perjalanan dan proses penginapan harus dilakukan.


Misalnya :


  • Jarak/masa perjalanan dari lokasi kediaman ke Jeti.
  • Jadual pergerakan bot dari Jeti ke Pulau.
  • Jarak/masa perjalanan dari Jeti ke Pulau.
  • Jarak/masa perjalanan di Pulau ke Hotel/Chalet kediaman.
  • Program yang menarik/bersesuaian ketika di Pulau.

Nampak macam rumit pulak bila merancang nak bercuti di Pulau ni. Atau sebenarnya mudah cuma saya yang terlalu banyak memikir?

Apapun merancang itu perlu juga kan.






12 comments:

Anonymous said...

pulau redang, cantik idea tu. tapi kena booking sekarang, akan dapat promosi early bird. kat situ cuba elakkan tempat yang tak ramai orang, sebab situ terbahagi kepada dua bahagian. ala macam yang aku cerita dalam entri dulu. memang berbaloi bang.

Kay said...

Kalau ke pulau sebelah pantai timur, hati-hati, laut china selatan masih bergelora musim tengkujuh lagi.

ewanthology said...

@smbotak : terima kasih atas nasihat

ewanthology said...

@kay : plan nya bulan april.. mcm dah ok cuaca masa tu

Anonymous said...

aku tak prnh pergi redang tapi perhentian dah pergi.

rasa nak pegi lagi je...

huhuhu.

Hans Hanis said...

pulau redang cantik
saya pun teringin nak pergi pulau tu

ewanthology said...

@rapunzel : ok ke pulau perhentian?

ewanthology said...

@hans : dah pergi ke pulau redang? Klu ada tips menarik boleh lah kongsi.

aswadz said...

bila aku baca tajuk entri, seriously aku ingat citer ada kena mengena ngan jamban. meleset rupanya telahan aku. hahaha...

Hans Hanis said...

belum berkesempatan lagi ke sana
ehehe

Asrul "iLham" Sany said...

aku rindu penang ~~~

ma ❥ said...

Akan jadi mudah kalau dah fikir siap2 kemungkinan terjadi supaya dpt melancarkan percutian..