ADVERTHOLOGY

Sunday, August 5, 2018

Kalau saya salah, its ok. Kalau awak salah, siap !


Saya pernah berhadapan dengan manusia yang fikir dia sentiasa betul. Perbincangan selalunya menjadi medium pemyelesaian paling mudah tetapi jika ego sudah terlalu keras tiada apa yang mampu dilakukan. Saya berdoa supaya tidak perlu berhadapan dengan manusia berperangai seperti itu lagi. Itupun jika doa saya dimakbulkan.


Mendengar bebelan dan hujah hujah manusia yang merasakan sentiasa betul ini sangat memualkan. Tak banyak yang boleh dilakukan kerana pada satu tahap, mendengar adalah satu satunya pilihan yang ada pada masa itu. Cuma kadangkala sambil mendengar tu minda menerawang dan hati berdetik.. 


"Orang macam ni kalau mati nanti, silap silap dengan malaikat Munkar & Nakir pun dia bangkang"


Nauzubillahuminzalik.

3 comments:

Anonymous said...

banyak manusia macam ni.

selalu pakej la, dia sentiasa nak menang kemudian dia akan menuduh orang salah.

perangai buruk manusia ni bahaya, ia datang dalam bentuk combo.

hehehe.

Kira Sakura said...

nanti kalau dia susah pun takde sape nak datang tolong

aizamia3 said...

eemm.. sedang berhadapan dengannya..