ADVERTHOLOGY

Wednesday, August 29, 2018

setakat ini


Saya tidak rasa saya akan dapat menikmati kehidupan sepertimana yang saya impikan. Sepertimana yang saya mahukan. Sepertimana yang saya rancangkan. Sepertimana yang saya angan-angankan dahulu.


Tidak sepenuhnya. 


Mungkin nasib tidak menyebelahi, mungkin saya rasa sudah berusaha tetapi sebenarnya belum cukup berusaha.


Mungkin juga kesilapan membuat pilihan suatu masa dahulu.


Bercerita pasal pilihan. Saya melakukannya setiap masa. Semua manusia perlu membuat pilihan dalam sekecil kecil perkara sehingga sebesar besar perkara. Setiap hari, bermula apabila kita memilih keputusan untuk bangun dari tidur. 


Kesilapan membuat pilihan dalam perkara kecil mungkin tidak mendatangkan masalah yang besar. Dalam hal saya, ia melibatkan hal yang besar dan penting. Hal yang terkesan dalam jangka masa panjang. Pilihan yang pada mulanya dirasakan tepat tetapi masa demi masa berlalu dirasakan sebaliknya.


Mungkin salah saya. Mungkin tidak. Ada perkara yang kita hanya tahu baik buruk luar dalamnya selepas kita memilihnya.


Mungkin karma.

Kesannya, mengubah segala hala tuju kehidupan. Segala-galanya.


Bersangka baik. Mungkin 'membuat pilihan' juga tidak semestinya menjadi penyebab.


Allah sebaik baik perancang. Mungkin saya suka akan kehidupan yang begitu begini tetapi perkara itu tidak elok untuk saya dan mungkin kehidupan yang diberi-Nya ketika ini adalah sebaik baiknya untuk saya.

4 comments:

Raz said...

Saya pun sama.. saya rasa semua manusia tak dapat apa yg dia inginkan..

Kay said...

Saya pun merasai perkara yg sama...

Tapi nak salahkan org lain pun rasa mcm tak patut juga...

apa hal sekalipun, saya yg buat keputusan sendiri, bukan org lain...

Hazmin Hamudin said...

Yup. Selalunya memang kita tak dapat apa yang kita nak walaupun dah rancang sebaiknya. Mungkin Allah ada aturan yang terbaik untuk kita.

Ma said...

Kdg rasa terkilan penat kn atau bersedih tapi selagi kita sentiasa positif berfikiran yg buruk tu adalah dr kita sndiri.. Kita cuba la sehabis baik utk masa2 akan dtg. Tanamkan rasa bersyukur, menghargai, syg sgt sgt dgn apa yg kita ada.. ALLAH maha merancang maha mengetahui yg terbaik utk kita. Disebalik yg kita dpt skrg yg buruk tu bakal mengajar kita jd yg terbaik...