ADVERTHOLOGY

Tuesday, May 12, 2020

Bagaimana raya anda?


Sejak Perdana Menteri beri pengumuman PKP sambung sampai 09.06.2020 hari tu, saya dan keluarga telah sepakat untuk beraya di rumah sendiri sahaja. Tak balik kampung saya, tak balik kampung isteri. Sekadar memberi sokongan kepada usaha memutuskan rantaian Covid19 ini. 


Lagipun tiap tiap raya tak pernah terlepas balik kampung dua dua belah. Takkan setahun ni sahaja tak boleh nak berkorban 'stay at home'. InsyaAllah, habis PKP nanti boleh la balik kampung sebulan sekali macam sebelum sebelum ini.


Tetapi, raya tetap raya.


Walaupun akan menyambut raya di musim PKP, baju raya tetap kena ada. Selesai beli online dan sudah diterima pun. Sepasang baju melayu untuk saya, sepasang baju kurung untuk isteri dan sepasang baju kurung untuk anak perempuan saya. Memanglah takkan bergerak sangat hari raya nanti tetapi sekadar mengikut sunnah, memakai baju baru di pagi hari raya. Perihal baju raya kalau tidak PKP pun akan saya selesaikan awal awal. Tak larat la nak nak pusing pusing kedai baju bulan puasa ni. 


Biskut raya pun wife ada beli sebalang dua tempoh hari. Saja nak rasa rasa dulu katanya. Tapi dah nak habis dah pun. Sedap juga makan biskut raya semasa moreh. Cubalah. 


Duit raya pula macam masih dalam perbincangan samada nak tukar duit raya atau tidak. Kalau PKP tidak disambung selepas 09 Jun rasanya masih dalam mood raya tu. Apa apa pun rasanya macam perlu ada stok juga sedikit. 'Standby' kata orang putih.


Apapun, dalam keterujaan menyambut kedatangan Syawal, pada ketika ini yang paling penting adalah kesihatan dan keselamatan diri kita, keluarga kita dan masyarakat sekeliling kita yang paling utama. Putuskan rantaian Covid19. Itulah perjuangannya ketika ini.


Jangan sedih raya dalam PKP tahun ini. InsyaAllah, panjang umur bersua juga Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Raya tiap tiap tahun datang. 


9 comments:

paridah said...

RAYA MESTI DISAMBUT MERAIKAN KEMENANGAN PUASA WALAU SITUASIYA AGAK BERBEZA KINI

Alfan Ismail said...

hemm covid19 memang lah pandemi semua negara,,, raya pun dipertaruhkan

Ujie Othman said...

betul, seumur hidup cuma baru sekali ini kita tak dapat beraya cara biasa. Ujian dari Allah...tengok sejauh mana kita sanggup bersabar.

Saya pun raya di rumah sendiri je, kampung rentas negeri. Baju baru memang plan tak beli tahun ni, biskut raya dah beli sebalang, buat rasa-rasa..

Kita raya ala perantau obersi - buat yang wajib je.

Khairul Krol said...

Raya tahun ni saya pun tak dapat balik kampung jugak..video call je la raya nanti hihi =)

aswadz said...

aku memang tak boleh nak balik kampung la. dua-dua pun kena rentas negeri.

Silah Hassy said...

kiranya tahun ni #rayacarakita. hehe

apa pun yang lebih penting virus ni perlu dinyahkan dulu dari bumi..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

so far saya wife dah beli utk anak2... baju apa sbb nk bg yang baby tu merasa raya..

saya pakai baju lepas2 je la. hehe

Semut Senyum said...

Assalamualaikum. betul jugak tu. apalah salahnya tahun ni saja tak beraya mana2. apa lagi yg lebih penting dari kesihatan n keselamatan? kalau boleh video call family, itu pun sudah bagus. Done follow. #1317

Sunah Sakura said...

tahun ni saya pun hanya raya di rumah sewa di johor bersama housemate..tahun ni pertama kali lah tak beraya bersama keluarga dan suami...tak apa lah, selesai semuanya nanti baru lah kita berjumpa semula dengan keluarga...