Mulai anda membaca post ini. Tanamlah keazaman dalam diri untuk memulakan setiap hari dengan pertanyaan kepada diri sendiri :
'Kalaulah hari ini hari terakhir ku, apa yang akan aku lakukan hari ini ?'
Sudah pasti kita takkan meninggalkan solat, bersedekah, tidak ponteng kerja, tidak menyakiti hati orang lain, kerja bersungguh sungguh, meluang masa bersama orang tersayang dan 1001 kebaikan lagi.
Dan bagaimana jika kita lakukannya setiap hari, setiap minggu, setiap tahun?
Sesungguhnya manusia yang baik ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Sikap dan perbuatan kita pada hari ini bakal menjadi ingatan yang lain di hari kemudian. Alangkah indahnya apabila kita sudah tiada, yang diperkatakan mengenai kita adalah hal hal yang baik baik sahaja.
5 comments:
begitulah yang betulnya, ingat bahawa setiap hari adalah hari terakhir hayat kita. tapi sebagai manusia, kita akan sering lupa dan perlu kepada ingatan begini.
perginya insan hebat yang memberi manfaat kepada manusia lain - Ustaz Ismail Kamus hari ini..:(
Ya...setuju tu...kita berusaha jadi positif dan bermanfaat buat orang....semoga kita semua dalam pelihara Nya
alhamdulillah
bagus artikel nih
membuatkan kita beringat tentang hal kematian
Sependapat 👍.
Baik di kehidupan nyata juga di blog ... selalu tebarkan kebaikan.
bak kata orang setiap kali seseorang lain meninggal dunia, "orang baik, ramai sayang..."
Post a Comment