Sebenarnya mencabar juga musim PKP ini buat saya dan keluarga. Mencabar juga ada banyak jenis kan. Semua menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang PKP ini. Berbeza dan unik untuk setiap dari kita.
PKP ini mencabar apabila saya dan isteri berkerja di dalam bidang yang kerajaan kelasifikasikan sebagai 'essential services' dan pada masa yang sama mempunyai anak perempuan berusia 7 tahun yang tidak boleh pergi ke sekolah kerana sekolah tutup.
Meninggalkan anak yang berusia 7 tahun berseorangan di rumah bukanlah pilihan. Menghantar ke kampung juga pilihan yang tidak dapat direalisasikan. PM mencadangkan untuk pekerja berbincang dengan majikan untuk kerja dan cuti bergilir gilir untuk menjaga anak di rumah. Namun begitu ianya bukanlah semudah berkata kata memberi cadangan. Agak mustahil untuk saya bercuti 3 hari dan isteri bercuti 2 hari secara bergilir gilir dalam seminggu. Sehingga bila nak cuti begitu? Apatah lagi kami bekerja di lokasi yang berlainan. Senario kami bekerja dalam sektor perbankan agak kompleks. Timbang rasa bukan hanya untuk seorang individu tetapi untuk semua staf staf lain juga memerlukan pertimbangan pengurus. Apatah lagi dengan keadaan yang sering dilihat sekarang. Beratur panjang pelanggan nak masuk bank. Kekurangan staf yang bekerja pasti akan merumitkan keadaan dan tidak semua kerja boleh dibuat secara 'work from home'.
Maka apabila tidak dapat cuti atau tidak sampai hati nak cuti, anak perempuan saya akan dibawa sekali ke tempat kerja isteri kerana lebih dekat dengan rumah manakala lokasi kerja saya tidak menentu tempatnya. Duduk di surau buat latihan matematik/ english ataupun main game. Mujur waktu kerja perbankan disingkatkan sedikit sepanjang PKP ini. Tak lama sangat la dia di bank.
Saya tidak menyalahkan sistem tersebut. Malahan ianya sudah sebati dalam diri sejak hampir 18 tahun yang lalu dan saya memahaminya.
Pada ketika saya mengharapkan rantaian covid 19 ini berakhir dan PKP ditamatkan dan sekolah mula dibuka, saya juga cuba memahami keadaan dan harapan ibu bapa lain diluar sana yang tidak mahu persekolahan dibuka dalam masa terdekat. Seperti yang saya katakan diawal tulisan. Masalah kita berbeza dan sukar kita memahami sesuatu masalah yang lain apabila kita tidak menghadapinya.
Sehingga cabaran ini berakhir, itu sahajalah solusi yang ada.
Positifnya, PKP ini memberi latihan untuk subjek 'tanggung jawab' dan 'bertimbang rasa' buat saya dan isteri. Setakat ini semuanya baik baik sahaja.
14 comments:
Benar, cabaran covid berlainan pada setiap individu.
Uncle tak mengalami masalah seperti yang diceritakan. Maklomlah uncle memang kerja di rumah...
Tapi tak semudah itu. Sebab bidang kerja uncle adalah yang termasok masih belum dilampu hijaukan....
Aduhhhh....!
@uncle gedek : bersama samalah kita #staystrong menghadapi cabaran ini uncle.
Allahu...memang kasihan pada ibu bapa yang bekerja dan tak ada pilihan untuk tinggalkan anak di nursery, sekolah pula tutup..moga dipermudahkan semuanya buat ewan dan keluarga...
semoga semuanya terus baik2 aje utk ewan sekeluarga. masa2 begini mmg kena fikir positif supaya terus kuat.
memang ramai juga yg menghadapi masalah, antaranya perlu wfh. Tapi anak2 tak boleh hantar nursery. Pasangan pula keluar bekerja. Memang susah nak handle wfh dan jaga anak2 kecil sendirian.
semoga segalanya cepat berakhir.
@sunah sakura : terima kasih.. semoga dipermudahkan urusan sunah sakura sekeluarga juga.
@ujie Othman : InsyaAllah, semoga segalanya semakin reda.
insyaAllah kita sama2 doa kan berakhir. saya pun ada dgr tentang isu ni. alhamdulillah dkt wife pnya ofis kira anak boleh dok kan. seb bek jugak.
@zulhilmi tempoyak : sebenarnya x digalakkan juga bawa anak ke tempat kerja, tapi xde pilihan kan, so bawa je la suh dia duk kat surau.
sekolah pun x tahu lagi bukak bila. kpm x buat lagi pengumuman. tapi pihak sek dah standby dgn susun atur meja dan benda2 yg lain..cuma bdk2 form 5 n form 6 je la yg msk sekolah dulu. yg lain xtaw bila..
@Nick Nashram : betul tu .. utk darjah satu mungkin lambat lagi.
allahuakbar masalah mcm ni lah mak sedara sy juga hadapi sbb both kerja bank & ada anak kecil & jauh dgn keluarga di kampung.
hurmm betul PKP ni memberi 'cabaran' & 'dugaan' yang berbeza pada setiap manusia..
moga dipermudahkan urusan ewan sekeluarga.
@anamizu : terima kasih... semoga dipermudahkan segala urusan anda juga.
PKP banyak mengajar kita tentang tanggungjawab dan tolak ansur di saat situasi yang tidak terduga ni. Moga baik2 saje..
@Silah Hassy : indeed
Post a Comment